IBU DAN BAPA KEPADA 3 HAFIZ TERMUDA INI KONGSI TIPS UNTUK KUATKAN INGATAN ANAK ...Kongsi pada semua






Perkara yang dirisaukan dan menjadi masalah bagi mereka yang ingin menghafal Al-Quran sudah pasti adalah masalah mudah lupa.

Pada malam hari hafal dan keesokan harinya sudah lupa, jadi bagaimana hendak mengatasi masalah cepat lupa ini?

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Dr. Kamil el Laboody dan Dr. Rasya Abdul Mun’im el Ghayyar di mana mereka merupakan ibu bapa kepada 3 hafiz termuda di dunia.

Berikut adalah jawapan atau tips yang telah dikongsikan oleh mereka untuk mengelakkan anak-anak cepat lupa apabila menghafal Al-Quran.

Membiasakan solat tahajud

Ketika ada yang mengeluh mengapa dia mudah lupa apabila menghafal Al-Quran, Dr. Kamil el Laboody menyarankan agar orang tersebut membiasakan dirinya dengan solat tahajud. Solat tahajud merupakan salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah s.w.t yang hebat dimana ia akan membersihkan hati sehingga mudah mengingati Al-Quran. Sebaliknya, hafalan Al-Quran akan menjadi susah apabila hati kotor.

Memperbanyakkan doa

Sebab Allah lah yang menguasai hati manusia. Dia yang menurunkan kalam-kalam sucinya sebanyak 114 surah. Dia pula yang berkehendak meletakkan hafalan kalam suci ke dalam hati hamba yang dikehendakiNya. Maka perbanyaklah doa kepada Allah, khususnya di sepertiga malam yang terakhir setelah solat tahajud agar Allah berkenan menjadikan kita penghafal Al-Quran.

Mengulang hafalan dalam solat sunnah

Surah atau ayat yang telah dihafal perlulah diperbanyakkan semasa di dalam solat dan dengan demikian, hafalan itu terjaga secara berulang-ulang dalam waktu yang lama.

Wirid harian

Ketika diwawancara oleh penulis buku Rahsia Sukses 3 Hafizh Qur’an Cilik Mengguncang Dunia, Dr. Rasya Abdul Mun’im el Ghayyar menyarankan agar penghafal Al-Quran menjadikan wirid sebagai bacaan harian. Setelah ketiga anaknya hafal 30 juz, rutin mereka bertiga membaca tiga juz Al-Quran setiap hari. Wirid harian dengan membaca tiga juz inilah yang menjadi amalan mereka. Untuk menyelesaikan wirid harian tiga juz ini, secara puratanya mereka memerlukan masa 2 setengah jam.

Dengan empat tips ini, terbukti Tabarak, Yazid dan Ziinah bukan sahaja menghafal Al Quran di usia 4 dan 5 tahun sehingga menjadi 3 hafizh termuda di dunia, malah ingatan mereka turut terjaga.


ads

close

iklan bawah