Memang Ini Saja Ke Makanan Yang Dijamu Untuk Anak Sekolah Taska? Tak kesian ke kat anak-anak kecil tu?





Memang Ini Saja Ke Makanan Yang Dijamu Untuk Anak Sekolah Taska? Tak kesian ke kat anak-anak  kecil tu?

Oleh:Nadia Mingguan Wanita





Kalau mampu, ibu ayah memang mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Kadang walau sibuk mencari rezeki, ada yang sanggup masak demi kenyangkan perut anak sebelum hantar anak ke sekolah atau rumah pengasuh.



Namun ada masa, kalau tak sempat... memang terpaksa harapkan menu yang dihidang di sekolah mampu alas perut anak-anak. Sesetengah ibu ayah tidak mengharapkan anak makan menu mahal pun, tetapi cukuplah jika bagus untuk rangsang otak anak-anak yang sedang membesar, yang cukup zat dan segar.



Disebabkan itu, bila berlaku situasi ini, golongan ibu ayah pasti tidak puas hati dan sedih bagi pihak anak-anak. Apa sebenarnya yang berlaku? Ikuti perkongsian kecewa dari wakil seorang lelaki bergelar ayah...



Apa perasaan anak- anak kita bila diberi makan oleh taska dgn lauk yang sedemikian??



Tergamak ke kita sebagai seorang ayah dan ibu beri makan pada anak-anak kita macam nii??



Balik ni, tanya anak-anak kita, apa makanan yang diorang makan dekat taska ..

# kejadian di taska famous area shah alam

# berlaku lagi di tahun 2017 lepas 2016 dah report

# kerasnya hati seorang pengusaha taska tersebut



Komen-komen Netizen





Anak-anak anda sendiri macam mana? Pernah tanya apa menu yang anak-anak makan di sekolah? Moga ibu ayah lebih alert dengan kejadian ini. Apa pun, moga ada pihak yang boleh jelaskan keadaan ini dengan lebih jelas untuk menjernihkan keadaan dan tenangkan pihak ibu ayah yang risau dengan pemakanan anak di sekolah.

Kredit: Zulfiqry Zulfakar


ads

close

iklan bawah