Doktor Dedahkan Punca Sebenar Nabi Menyuruh Kita Tidur Mengiring di Sebelah Kanan Dari Sudut Perubatan !!! Sebarkan Kepada Semua Muslim !!!








Tidur juga mempunyai kelebihan yang tertentu jika anda mengamalkan posisi tidur yang baik. Walaupun tidur hanya merupakan aktiviti merehatkan diri pada waktu malam, tetapi aktiviti ini sebenarnya banyak membawa kesan kepada tubuh badan anda.Berikut kami kongsikan beberapa hikmah tidur mengiring ke kanan seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Posisi tidur adalah di sebelah kanan kerana saraf otak di bahagian kiri akan mengawal segala bentuk aktiviti anggota organ di bahagian kanan. Posisi ini akan menghindarkan perkara yang berbahaya yang berlaku disebabkan peredaran yang lambat ketika tidur.






Bukan itu sahaja, seperti yang kita tahu kedudukan jantung kita adalah di sebelah kiri. Jika kita mengiring ke kiri maka jantung kita berada di bahagian bawah dan dihimpit oleh organ dan tisu-tisu yang lain. Ini akan memberikan beban kepada jantung untuk mengepam darah dengan lebih tinggi. Apabila jantung terpaksa mengepam darah dengan lebih laju, ia akan mempercepatkan denyutan jantung. Ini akan menyebabkan kualiti tidur anda terjejas dan anda berkemungkinan mudah mendapat penyakit semput. Oleh itu, jika anda tidur pada posisi mengiring ke kanan, jantung tidak akan dihimpit dan tiada tekanan besar diberikan. Ini akan memberikan impak yang lebih baik kepada tidur anda!




Selain baik untuk jantung, posisi tidur mengiring ke kanan juga mambantu merehatkan perut dan memudahkan lagi proses pencernaan makanan. Ia juga mampu meningkatkan penyerapan zat makanan. Ini kerana proses pengosongan perut berlaku semasa kita sedang tidur sebelum disalurkan ke usus kita. Proses pengosongan perut akan berlaku dengan lebih lancar jika proses pencernaan berlaku dengan kadar optimum.

Selepas makanan yang telah dicernakan dibawa ke usus, penyerapan zat-zat makanan di usus berlaku. Selain membantu penyerapan, posisi tidur mengiring ke kanan juga merangsang pembuangan air besar. Ini kerana ketika otot dubur sedang berehat dan ini memudahkan sisa-sisa pembuangan keluar.



Tidur mengiring ke kanan juga mampu mengurangkan kandungan cecair hempedu yang boleh mencegah pembentukan batu karang dalam hempedu dan mampu memberikan keselesaan kepada anda semasa tidur.



Seperti yang kita tahu, kaki di bahagian kiri bekerja keras daripada kaki di sebelah kanan. Posisi tidur mengiring kanan dapat merehatkan kaki di bahagian kiri. Oleh itu, kaki di bahagian kiri dapat direhatkan dan dihilangkan rasa lenguh kaki dengan lebih cepat.

Posisi ini juga memberikan kelebihan kepada organ paru-paru. Posisi mengiring ke kanan akan menyebabkan tekanan pada paru-paru kanan berkurangan dan dapat mengelakkan simptom sesak nafas dan mengah ketika tidur. Tambahan pula, tidur mengiring ke kanan dipercayai mampu menjaga saluran pernafasan. Tidur pada posisi terlentang akan mengakibatkan pernafasan tersekat oleh lidah kita sendiri. Hal inilah yang akan menyebabkan berdengkur.



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda,

“Apabila kami datang ke tempat tidurmu, berwuduklah seperti wudukmu untuk solat, kemudian kamu tidur mengiring pada bahagian kanan.”

Dalam hadis lain, Rasulullah juga menyebut,

“Berbaringlah di atas rusuk sebelah kanan mu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)Klik Untuk Dapatkan Artikel Terkini Di SmartPhone Anda
Telegram:telegram.me/kisahdunia


ads

close

iklan bawah