Jangan Marah Kalau Anak Kecil anda Sepahkan Rumah !!! Baca penjelasan Pakar ini Dulu!!

loading...


Oleh: WEB PAMA 


Bila anak main bersepah, kita bising dan marah. Tapi itu memang fitrah kanak-kanak. Kadang-kadang yang bergelar ibu bapa 'kurang' ilmu tentang perkembangan awal kanak-kanak. Apa yang diketahui anak mesti jangan buat sepah di rumah.

Kalau dah namanya anak kecil, 10 kali anda tegur dan bebel supaya jangan buat sepah, dia tetap akan buat juga. Kemas, sepah, kemas, sepah memang perkara biasa bagi yang ada anak kecil.

Jika anda masih lagi 'berkeras' dengan pendapat anak kecil tak boleh buat sepah, cuba baca pendapat Pakar Motivasi Nur Firdaus tentang kenapa si kecil suka menyepah.

KENAPA ANAK KECIK SUKA SEREPAH-SEREPAH?

Lazimnya, anak kecil lebih suka lambakkan permainan-permainan mereka. Lagi nampak berserepah, lagi mereka gembira.

Kenapa ya? Mak ayah tak pandai ajar anak berkemas ke?

Jom kita tengok sikit dalam perbincangan perkembangan awal kanak-kanak.

Sebenarnya sejak usia bayi lagi, anak kecil akan fikir bahawa jika benda itu ada depan mata, maka ia wujud. Jika tidak, ia tidak wujud. Sebab itu bila kita sorok atau ambil mainan mereka, mereka akan cepat react sama ada melalui tangisan atau sebagainya.

Sama juga dengan keberadaan kita. Bila kita ada depan mata, mereka ok. Tapi bila kita 'hilang' sekejap macam ke dapur atau ke tandas, maka gegak gempitalah suasana rumah kita dengan tangisan mereka.

Siapa yang jaga baby, mereka akan tahu betapa peritnya kehilangan nikmat boleh masuk tandas sorang-sorang..;)

Ajar berkemas bila tiba masanya

Mereka bukan buat-buat atau mengada-ngada. Ia ada reaksi yang original. Pada fikiran mereka, kita memang telah tiada!

Fenomena ini dipanggil Object Permanence. Ia akan berterusan seingga menginjak ke fasa pertama tahap Praoperasi Kognitif (sekitar 2 ke 3 tahun).

Buatlah macammana pun, cakaplah macammana pun, mereka tetap anggap kita tiada bila kita tidak dapat dilihat.

Ha, berbalik kepada rumah bersepah tadi. Bagi anak-anak ini, permainan mereka 'ada' bila ia DAPAT DILIHAT. Lagi banyak dapat dilihat, maka lagi banyaklah permainan yang mereka ada (kata fikiran mereka).

Jadi ibu-ibu dan ayah-ayah, fahamilah corak pemikiran mereka. Jangan kita jadikan alasan nak ajar anak pandai kemas untuk menangkan keputusan kita. Ya, ia memang perlu diajar. Tapi kena tepat masanya.

Jangan awal sangat, berikan ruang kepada mereka untuk menikmati usia kanak-kanak mereka dengan kepuasan mereka.

Solusinya?

Terpulang.. Kalau saya, saya sediakan satu bilik khas untuk anak saya. Terpulanglah, dia nak serepah ke, nak kemas ke, nak campak ke, saya nak tengok mereka menikmati zaman toddler mereka. Sampai masa nanti saya akan ajar.

Sumber: Facebook Nur Firdaus
Loading...

0 Response to "Jangan Marah Kalau Anak Kecil anda Sepahkan Rumah !!! Baca penjelasan Pakar ini Dulu!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close