Kim Jong-un Senyum Ketawa Tahu Abangnya Mati? Lepastu salahkan Malaysia siasat tak Betul !!

loading...




SEOUL – Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un dilaporkan senyum ketawa ketika melawat sebuah ladang ikan keli Samchon dekat ibu kota negara komunis itu, Pyongyang baru-baru ini.

Menurut agensi berita rasmi Korea Selatan, Yonhap yang memetik laporan media negara itu, Korean Central News Agency (KCNA) pada Selasa, beliau melakukan lawatan ke situ sejurus abangnya, Kim Jong-nam mati dibunuh.

Dengan wajah senyum lebar, Jong-un, 33, memuji pihak pengurusan ladang tersebut yang mampu membiak lebih 3,000 tan ikan setahun dan gambar-gambar eksklusif itu disiarkan akhbar utama Korea Utara, Rodong Sinmun.

Keceriaan tersebut jauh berbeza dengan penampilan suram ketika beliau menghadiri upacara peringatan kelahiran bapanya, Kim Jong-il pada 16 Februari lalu; yang meninggal dunia pada 17 Disember 2011 dalam usia 69 tahun.


Majlis sambutan secara besar-besaran itu secara kebetulan berlaku tiga hari selepas Jong-nam dibunuh ejen perisik Korea Utara di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di Sepang dekat ibu kota Malaysia.



Stesen televisyen milik negara, Joseon Jungang Tellebijyon pada Rabu minggu lalu turut menyiarkan wajah sugul pemimpin itu yang langsung tidak melambaikan tangannya ketika meninggalkan tempat upacara berkenaan.

Namun, berbeza dengan imej ceria terbaharu kali ini sekali gus mencetuskan spekulasi mengaitkan beliau memberi maklum balas positif terhadap kejayaan misi rahsia pembunuhan Jong-nam di Malaysia pada 13 Februari lalu.

Penganalisis politik Korea turut membandingkan wajah gembira Jong-un sebaik pembunuhan bapa saudaranya, Jang Song-thaek yang juga bekas duta Korea Utara ke Malaysia pada 2013 lalu konon khianat kepada negaranya.

Jong-nam, 46, anak lelaki tertua dan sepatutnya mewarisi pemerintahan daripada bapa mereka; meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas diserang dua wanita Asia tenggara dengan bahan beracun.



Polis Diraja Malaysia berjaya mencekup empat suspek termasuk seorang warga Korea Utara, Ri Jong-chol, 46; pada Sabtu lalu yang dianggap sebagai pakar kimia dan lebih setahun menetap di Kuala Lumpur dengan keluarganya.

Manakala empat lagi suspek yang juga rakyat Korea Utara dipercayai sudah berjaya melarikan diri ke negara lain sejurus operasi pembunuhan Jong-nam selesai malahan mereka dikatakan telah pun selamat tiba di Pyongyang.

Kerajaan Korea Selatan yakin kes pembunuhan berprofil tinggi itu didalangi oleh rejim Korea Utara kerana bimbang pengaruh Jong-nam yang baik dengan pihak berkuasa China dapat menggugat pemerintahan Jong-un sendiri.

Duta Besar Korea Utara ke Malaysia, Kang Chol pada Isnin mempertikaikan cara pihak berkuasa Malaysia dalam menangani kes tersebut dan mendesak agar dilakukan penyiasatan secara bersama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Loading...

0 Response to "Kim Jong-un Senyum Ketawa Tahu Abangnya Mati? Lepastu salahkan Malaysia siasat tak Betul !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close