Pegang Tangan Anak Anda Kuat- Kuat Ketika Membeli- belah Kalau Tak Mahu Anak anda Diseludup seperti Gambar Di Bawah !!!



Last weekend saya membeli belah di Carrefour, ramai betul orang. Biasalah hari cutikan, masa ni lah semua orang sibuk beli barang keperluan.

Sedang tengah memilih barang-barang rumah. Saya nampak seorang budak kecil menangis, mungkin berumur 4 tahun. Orang yang ada disekitar tu semua buat tak tahu sahaja. Saya pandang sekeliling tiada orang tua di sisi budak kecik tu.

Saya tanya budak kecil tu, kenapa adik nangis? Sambil menangis dia sebut mama, mama, mama. Jadi saya fahamlah dia cari mama dia.

Kesian pulak saya tengok. Saya pun pimpin tangan adik tu sama-sama mencari mama dia. Tak sampai beberapa minit mencari, adik tu menjerit mama mama sambil tangan menunjuk kepada seorang wanita sedang memilih sayur.

Saya bawa adik tu menuju ke wanita tu dan tanya, ni anak akak ke? Wanita tu yang terperanjat terus mengangguk kepala. Saya pun ceritalah yang anak dia ni menangis-nangis cari maknya.

Selang beberapa langkah berjalan, saya dengar beriya-iya dia marah anak dia. Apa punya bengaplah perempuan ni, yang dimarah budak umur 4 tahun tu kenapa, dahlah anak hilangpun tak sedar sibuk cari barang, sendiri yang lalai jaga anak. Budak sekecil tu apalah yang dia tahu. Rasa nak patah balik je sound perempuan tu…geram pulak rasa hati ni.



Sayangi Anak Anda


Sekarang banyak sindiket menjual kanak-kanak. Beberapa kali keluar surat khabar dan berita tentang budak hilang, kena culik dan ada yang dibunuh dengan kejam.

Pernah berlaku didepan mata saya sendiri disebuah pusat membeli belah juga dan kes ni pernah masuk surat khabar dulu. Seorang budak perempuan hilang, menangis-nangis mak dia mencari, security terus block semua pintu keluar dan masuk. Kami yang ada didalam tidak dibenarkan keluar.

Tak lama kemudian security jumpa budak tu di tangga emergency. Tak sampai 20 minit kepala budak perempuan tu dah dibotakkan dan pakaian ditukar dengan pakaian budak lelaki.

Cepat sungguh sindiket ni buat kerja, nasib baik security cekap, kalau tidak tak tahulah apa jadi pada budak tu. Saya yang kebetulan ada disitu mengucap panjang, syukur jumpa cepat.

Kawasan membeli belah memang antara sasaran sindiket menjual kanak-kanak ni selain kawasan permainan dan perumahan.

Saya memang fobia bila baca kes-kes macam ni. Bermacam-macam kes yang melibatkan kanak-kanak. Ada banyak kes kehilangan yang tidak dijumpai sehingga sekarang.

Kita sebagai ibubapa harus lah sentiasa pantau pergerakan anak-anak kita. Jangan duduk leka sehingga anak hilang pun tak sedar. Bila dah hilang baru kelam kabut. Akibat leka seketika boleh menyesal seumur hidup. Sayangi anak-anak anda.


ads

close

iklan bawah