Walaupun Tentera Israel Halang Nelayan Ghaza dari Tangkap Ikan,Allah turunkan rezeki dengan terdampar ikan-ikan pari di Gaza









Puluhan Ikan Pari Terdampar, Berkah bagi Warga Gaza Palestin.


Puluhan ikan pari jenis Mobula secara misteri terdampar di pantai Gaza, Palestin, pada Rabu waktu tempatan. Peristiwa ini menjadi berkah tersendiri bagi warga Gaza yang merana akibat sekatan negara zionis Israel.


Dalam video yang boleh dilihat di Youtube, dilaporkan Daily Mail, seorang nelayan bernama Eyad Almadoun mengaku terkejut melihat pemandangan tersebut. Dia berkata, ikan pari ini terakhir dilihat di pantai Gaza enam tahun lalu.


Dia berkata, biasanya warga Gaza mendapatkan ikan ini dari Mesir yang dihantar melalui terowong bawah tanah. Harganya juga sangat mahal.


Dia berkata, ini bukan kali pertama ikan terdampar di pantai tersebut. Sehari sebelumnya, sebanyak 220 ekor ikan terdampar di pantai dan dia yakin esok ikan yang terdampar akan lebih banyak lagi.


"Hari ini Tuhan menyediakannya untuk kami," kata dia.


Ikan pari Mobula ini mempunyai ciri sama dengan ikan pari manta. Mobula boleh mencapai panjang hingga lima meter dan berat lebih daripada 76 kilogram. Sekilo ikan jenis ini dijual di Gaza dengan harga enam atau tujuh shekel.


Ramai-ramai warga Gaza memotong ikan-ikan tersebut dan mengangkutnya menggunakan kereta tolak. "Kini baik orang kaya dan miskin boleh memasak ikan ini dan memakannya dengan nasi atau tomato," kata Almadoun.


ads

close

iklan bawah