loading...
RIYADH – Sebelum ini tular menerusi media sosial mengenai kisah seorang pemuda Kelantan, Muhamad Khalid Ismail, 29; fasih berbahasa Korea dalam satu program televisyen di Seoul.
Namun kini, seorang lagi anak Kelantan mengharumkan nama Malaysia apabila kelunakan suaranya membaca ayat suci Al-Quran menarik perhatian ramai netizen di Arab Saudi selain rantau Asia Barat sejak akhir-akhir ini.
Meskipun umat Islam di Asia Tenggara lazim sering merujuk kepada para ulama mahupun seni taranum ramai qari di Timur Tengah, tetapi tidak mustahil juga jika perkara sebaliknya boleh berlaku, menurut media tempatan.
Apa yang jelas, warga Malaysia bernama Mohamad Yusuf itu, sudah berjaya menawan hati mereka di negara-negara Arab dengan kemahiran beliau membaca kitab suci Al-Quran di samping menempa nama di rantau berkenaan.
Stesen terkenal Al Arabiya melaporkan, Yusuf sudah mula menghafaz Al-Quran sejak berusia enam tahun, setelah ayahnya mendapati anaknya itu memang mahir menghafal ayat-ayat kitab suci selain mempunyai suara lunak.
Bapanya kemudian mendaftarkan Mohamad mengikuti kelas di sebuah masjid untuk lebih mempelajari tajwid serta hukum sebutan bacaan. Pada usia 13 tahun, beliau sudah mendalami maqamat, iaitu cara melunakkan suara bacaan.
Menurut laporan Al Arabiya menerusi wawancara khas itu, Mohamad sangat berterima kasih kepada ayah dan beberapa guru atas sokongan serta dorongan mereka banyak meningkatkan keyakinan dirinya lebih sedekad lalu.
Malah, Mohamad berkongsi beliau turut menggemari bacaan Al-Quran daripada qari-qari tersohor antaranya Sheikh Mustafa Ismail, Sheikh al-Shahat Mohammed Anwar, Sheikh Ahmed Naina dan Sheikh Yasir al-Sharqawi.
Buat masa ini, Mohamad sedang menuntut di Fakulti Pengajian Islam di Universiti Sultan Ismail. Tahun lalu, beliau pernah menjuarai satu musabaqah tilawah Al-Quran yang diadakan bagi peringkat universiti-universiti di Malaysia.
Menjawab persoalan Al Arabiya bahawa qari-qari muda kini suka meniru gaya bacaan mereka yang lebih berpengalaman, Mohamad berkata memang tidak salah untuk menggunakan teknik-teknik terbaik qari terdahulu.
Bagaimanapun, beliau turut menambah bahawa seseorang qari itu harus bijak merancang dan membangunkan cara bacaan baharu tersendiri dalam jangka masa panjang selain membina imej jati diri unik mereka sendiri.
Menurut Al Arabiya lagi, Mohamad juga berkongsi bahawa beliau sedang berusaha keras untuk memperhalusi bacaannya dengan harapan untuk menjadi salah seorang qari yang dihormati. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:
- Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
- Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
- Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
- Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
- Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/
Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!
Loading...
0 Response to " Suara Merdu Qari Kelantan Cetus Sensasi Di Arab Saudi !! Dengar Sendiri Suaranya Di Sini."
Post a Comment