MENGEJUTKAN !! Al Jazeera dedah Malaysia pusat penjualan bayi !! Bayi dijual sekitar harga RM 10000

loading...

MENGEJUTKAN !! Al Jazeera dedah Malaysia pusat penjualan bayi !! Bayi dijual sekitar harga RM 10000





BANGI, 26 Safar 1438H, Sabtu – Sebuah agensi berita terkemuka dunia, Al Jazeera membuat satu pendedahan mengejut mengenai isu penjualan bayi di Malaysia menerusi sebuah laporan video bertajuk Malaysia: Babies For Sale – 101 East.

Video berdurasi 25 minit yang disiarkan bermula semalam itu, memaparkan bagaimana Malaysia menjadi sebuah hub untuk menjual bayi di mana pembelinya boleh memilih bayi mereka sendiri berdasarkan jantina, bangsa dan warna kulit.

Oleh kerana proses undang-undang yang terlalu kompleks bagi mengambil anak angkat, pasangan yang terdesak untuk mempunyai anak memilih untuk mengambil ‘jalan alternatif’ ini.

Apatah lagi dengan ketersediaan penyeludup-penyeludup bayi ini, jalan ini nyata kelihatan lebih cepat dan mudah untuk pasangan mendapatkan anak secara segera.

Para penyeludup bayi menggunakan kemudahan internet seperti laman sosial Facebook untuk mengiklan dan menjualnya, malah turut menyediakan katalog bayi bagi membolehkan pembeli memilih bayi mengikut citarasa mereka.

“Mereka lebih canggih sekarang, anda boleh memilih bayi secara atas talian. Ada bayi Cina, Melayu, Chindian, dah macam pasaraya,” kata Aktivis Hak Asasi Kanak-Kanak, Hartini Zainuddin dalam temubual bersama Al Jazeera.



Harga bayi pula ditentukan oleh jantina, warna kulit dan bangsa.

“Jika bayi lelaki, dan warna kulitnya cerah, harganya lebih tinggi. Jika perempuan, warna kulitnya gelap, harganya lebih rendah dan sekiranya bayi itu berdarah campuran, harganya lebih tinggi,” kata Hartini.

Sementara itu, seorang penjual bayi yang bergelar Bonda berkata, dia hanya meniagakan bayi daripada ibu mengandung warga Indonesia kerana lebih mudah berurusan dengan mereka berbanding ibu mengandung warga Malaysia.

Ini kerana, katanya, ibu mengandung warga Malaysia sering bertukar fikiran dan menarik balik niat menjual bayi mereka meskipun sudah dibayar setinggi RM10,000.

Lazimnya, ibu-ibu mengandung yang bukan sahaja dibekalkan oleh Bonda malah para penyeludup seluruh negara adalah mereka yang terdiri daripada wanita yang mengandung luar nikah, pekerja seks atau orang gaji yang tidak dibenarkan untuk mengandung di negara ini.

Seorang aktivis memberitahu, sekiranya dahulu, pekerja seks akan disuruh untuk menggugurkan kandungan, namun kini tidak lagi kerana sekiranya mereka mengandung, bayi yang dilahirkan tersebut akan diambil untuk diperdagangkan pula.

Justeru, membolehkan pengusaha perniagaan seks mendapat keuntungan tiga kali ganda.

Malah, seandainya pembeli lelaki mahu bayi itu adalah anaknya sendiri, dia turut ditawarkan untuk melakukan seks dengan mana-mana pekerja seks yang dikehendakinya untuk mengandungkan anaknya.

Dalam pada itu, Bonda memberitahu bahawa kos pembelian bayi lazimnya berjumlah sekitar AS$ 2,500 lengkap dengan sijil surat beranak palsu.

Proses itu juga menjadi mudah dengan ‘bantuan’ dari pihak polis dengan sedikit bayaran dari pihaknya.

“Bonda akan buat surat perjanjian, you all pun kena buat jugak, jadi kita kata dari hati ke hati. Kita tak nak ada penipuan. Akan ada suruhanjaya sumpah, akan ada polis tandatangan jadi saksi.

“Mesti ada orang dalam ‘tolong’, mudah, tandatangan, habis,” kata Bonda.

Sementara itu, terdapat juga sebahagian penyeludup bayi yang lain yang akan menyerahkan urusan sijil surat beranak kepada pembeli.

Bagi bahagian pengurusan sijil surat beranak, pembeli perlu mencari seorang doktor supaya boleh mengubah nama ibu asal kepada nama ibu pembeli pada borang rekod prenatal.



Selepas proses bersalin, dokumen palsu itu akan dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan jabatan tersebut akan mengeluarkan sijil surat beranak dengan nama si pembeli sebagai ibu bapa ‘sebenar’ bayi itu.

Susulan pendedahan ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan segera menyiasat dan menahan semua pihak yang terbabit dalam urus niaga jual beli bayi di negara ini jika dakwaan itu benar.

Unit Komunikasi Korporat KPWKM dalam satu kenyataan, hari ini berkata, sebagai kementerian yang bertanggungjawab ke atas perlindungan dan kebajikan kanak-kanak, pihaknya memang memandang serius isu terbabit.

“Urus niaga ini bercanggah dengan Artikel 35 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) dan juga Protokol Pilihan berkaitan penjualan kanak-kanak, pelacuran dan bahan lucah terhadap kanak-kanak.

“Malaysia mempunyai komitmen untuk mengambil segala langkah bagi mencegah kanak-kanak daripada (menjadi mangsa) aktiviti penjualan dan pelacuran,” kata kenyataan berkenaan.
Loading...

0 Response to " MENGEJUTKAN !! Al Jazeera dedah Malaysia pusat penjualan bayi !! Bayi dijual sekitar harga RM 10000 "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close