SEMOGA DAMAIMU DISANA WAHAI SAYANG....-Bayi yang dilahirkan dengan sebahagian otak di luar tempurung kepala, meninggal dunia... SEDEKAHKAN AL-FATIHAH pada rohnya

loading...

SEMOGA DAMAIMU DISANA WAHAI SAYANG....-Bayi yang dilahirkan dengan sebahagian otak di luar tempurung kepala, meninggal dunia... SEDEKAHKAN AL-FATIHAH pada rohnya



Alor Setar: Bayi yang dilahirkan dengan sebahagian otak di luar tempurung kepala, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah 11.30 malam tadi.

Muhammad Fakhrullah Firdaus berusia tujuh bulan menghembuskan nafas terakhir di wad kanak-kanak hospital terbabit selepas tidak sedarkan diri sejak Sabtu lalu.

Ibunya Hasida Ahmad,35, berkata, anak bongsu dari tiga beradik itu dibawa ke hospital selepasterkena sawan kira-kira jam 4 pagi hari berkenaan.
Katanya, ketika kejadian Muhammad Fakhrullah sedang tidur di sebelahnya sebelum tiba-tiba diserang sawan.

"Saya dan suami Firdaus Mohd Rahim, 35, terus membawanya ke hospital.
"Setibanya di Jabatan Kecemasan HSB dia dimasukan ke zon merah dan sejak itulah dia tidak sedarkan diri sehinggalah disahkan meninggal dunia malam tadi," katanya ketika ditemui pemberita di Surau Flat Simpang Kuala di sini.

Menurut Hasida, sebelum terkena serangan sawan anaknya sudah kelihatan lemah dan hilang selera makan selain sering muntah.

Katanya, walaupun sakit anaknya itu jarang merenget dan menangis.
"Dua tiga hari sebelum terkena sawan dia kurang aktif...apabila saya suap susu dan nestum dia akan muntah kembali.

"Selepas sehari dirawat di HSB, otak di luar tempurung nampak mengucup dan air meleleh keluar, degupan jantungnya juga semakin lemah,"katanya.

Hasida bagaimanapun reda dengan pemergian anak kerana sudah dimaklumkan doktor anaknya itu tidak mempunyai harapan sejak dilahirkan.
Jenazah dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Keriang Pulau, di sini kira-kira jam 10.40 pagi ini.

Sementara itu, Pejabat Menteri Besar yang diwakili Ketua Pemuda UMNO Alor Setar Syed Abdul Hafiz Syed Mustapa turut menyerahkan sumbangan bagi meringankan proses pengebumian jenazah. Sebelum ini, akhbar ini melaporkan sepasang suami isteri buntu memikirkan nasib bayi lelaki mereka berusia lima bulan yang menghadapi masalah sebahagian otak di luar tempurung kepala iaitu di bahagian belakang sejak lahir.

Muhammad Fakhrullah terpaksa menahan derita apabila sebahagian otaknya berada di luar tempurung kepala dengan saiz sebesar telur ayam atau kira-kira lima sentimeter dan perlu dibalut dengan kain bersih bagi mengelak terkena jangkitan kuman.

Suami Hasida, Firdaus yang bekerja sebagai pemandu lori dengan pendapatan RM1,000 sebulan berkata, beliau membelanjakan kira-kira RM400 sebulan untuk perbelanjaan anaknya itu selain perlu menyara dua lagi anak lelaki masing-masing berusia lapan dan lima tahun.

sent by Harian metro
Loading...

0 Response to " SEMOGA DAMAIMU DISANA WAHAI SAYANG....-Bayi yang dilahirkan dengan sebahagian otak di luar tempurung kepala, meninggal dunia... SEDEKAHKAN AL-FATIHAH pada rohnya"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close