Kerajaan Al Masikh Dajjal, Israel akan musnah 10 tahun lagi. Lihat sendiri paras air di Tasik Galilee ini !!

loading...

IMAM MAHDI, DAJJAL & TASIK GALILEE




Di merata tempat, umat Islam mendapat berita mengejutkan tentang Tasik Galilee (dulunya dikenal sebagai Tasik Taibariyah) yang semakin mengering.



Pemimpin Israel sudah memberi amaran kepada rakyatnya supaya berjimat-cermat menggunakan air. Menurut data yang mereka ada, air di Tasik Galilee akan kering dalam masa 10 tahun.


Maksudnya, menjelang 2022 atau 2023, Negara Israel akan musnah. Apakah akibat ketiadaan sumber bekalan air itu?. Atau ada cerita lain yang berkait dengannya?


Saya tersenyum mendengar berita itu. Memang dalam kepala saya, Negara Israel akan padam dari peta dunia menjelang tahun 2023. Samada dia mahu atau tidak, hayatnya akan berakhir di situ. Insyaallah.



Walau bagaimanapun, suka saya peringatkan, Israel bukan musnah bukan kerana tak ada air. Ia bukan musnah kerana Tasik Galilee akan kering. Ia akan musnah kerana Dajjal Al-Masih yang melindunginya selama ini akan mati sekitar tempoh tersebut.


Menurut kajian yang saya telusuri dari hadis-hadis Nabi & kata-kata ulamak, Perang Amargeddon dijangka berlaku sebelum tahun 2020. Ia berlaku di lembah Maggedo, Palestin. Umat Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi bersatu dengan Kerajaan Rum (maksudnya Eropah) melawan satu kesatuan negara lain.


Diringkaskan cerita, Kerajaan Rum (Eropah) mengkhianati solidariti dengan tentera Islam. Mereka bergabung dengan musuh untuk menentang tentera Islam. Akhirnya, tentera Islam secara sendirian melawan musuh-musuhnya.. Kemenangan berpihak kepada umat Islam. Imam Mahdi akan menguasai Baitul Maqdis.


Dalam peperangan tersebut, 2/3 dari jumlah orang Yahudi akan mati.


Dajjal Al-Masih kemudian akan muncul untuk merosakkan dunia dengan kejahatannya. Dan sekitar tahun tersebut juga, Nabi Isa a.s akan diturunkan tuhan di Menara Putih, Damsyik untuk menghabiskan riwayat hidup manusia jahat itu.


Peperangan terjadi lagi antara umat Islam yang dipimpin oleh Nabi Isa a.s dengan Orang Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal Al-Masih. Baki 1/3 dari jumlah orang Yahudi akan mati.


Dari dua peperangan itu, Kaum Yahudi menjadi ranap dan tidak lagi berupaya untuk melakukan intimidasi (kekejaman) terhadap umat Islam. Negara mereka pun sudah padam dari peta dunia.


Tanda Dajjal Al-Masih akan muncul ialah bila air di Tasik Galilee itu kering kontang. Anda boleh rujuk kisah ini pada hadis yang berkaitan dengan Tamin Ad-Dari, salah seorang sahabat Nabi S.A.W yang asalnya beragama Keristian.


Menurut riwayatnya, Dajjal Al-Masih akan keluar pada tahun yang ketujuh setelah Imam Mahdi. muncul. Maknanya, Imam Mahdi keluar dahulu. Selepas 7 tahun, baru Dajjal Al-Masih keluar.



Bila Dajjal Al-Masih akan keluar??? Saya suka mengupas tarikh keluarnya menurut hadis Nabi yang menyebut bahawa dia berjalan di atas muka bumi ini selama 40 hari. 1 hari = 1 tahun, 1 hari = 1 bulan, 1 hari = 1 minggu, baki 37 hari = seperti hari-hari biasa.


Saya tertarik kepada kupasan Syeikh Imran bin Hussien dari Trinidad berkenaan hadis di atas.. Kupasan beliau cukup kemas, relevan dan boleh dipertanggungjawabkan. Menurut beliau, maksud 1 hari = 1 tahun itu bermaksud 1 tahun akhirat. 1 tahun akhirat = 1000 tahun dunia. Ini merujuk kepada pendudukan kaum Yahudi di England dan penguasaan mereka ke atas sistem pemerintahan negara tersebut selama lebih kurang 780 tahun.


Yahudi England ini kemudian berpindah ke sebuah tanah besar dan membentok 13 jajahan baru. Mereka mengalahkan penduduk pribumi negara tersebut dan mengisytisharkan kemerdekaan pada 4/7/1776. Kemudian pencantuman lebih besar berlaku sehingga membentok sebuah negara Amerika Syarikat pada tahun 1860.


Bermula pada tahun 927M (pembentokan Negara England) sehingga kepada tahun 1860M (pembentokan Negara Amerika Syarikat),jumlah masa ialah 933 tahun.


933 tahun yang dimaksudkan itu = 1000 tahun.


Kaum Yahudi yang menguasai sistem pentadbiran kerajaan England pada masa itu menjadikan negara tersebut sebuah negara autokratik & bersikap penjajah. Mereka menjalankan dasar penjajahan ke atas negara-negara lemah untuk menguasai sesiapa sahaja. Mereka memaksa pentadbiran mereka ke atas tanah jajahan mereka & mengutip hasil negeri tersebut untuk dibawa balik ke negara mereka.


Begitu juga berlaku takkala mereka berjaya menguasai tanah besar Amerika Syarikat. Mereka memperbudakkan kaum pribumi (kaum Red Indian) dan hamba abdi dari Afrika (sila rujuk cerita Kunta Kinte) untuk mencapai kemenangan mereka. Dan sehingga sekarang, kaum Yahudilah yang sebenarnya berkuasa di dalam dunia kehidupan Amerika Syarikat itu.


Merekalah Dajjal pada fasa pertama ini.


Fasa kedua pula berkait dengan tempoh masa 1 hari = 1 bulan. 1 bulan akhirat bermaksud 1000/12 iaitu 83.3 tahun. Tempoh masa ini dihubungkaitkan dengan kekuasaan Negara Amerika Syarikat (USA) yang menonjol bermula pada Perang Dunia Pertama (WW1) pada tahun 1914 dan berakhir pada 11 September 2001 (kejadian runtuhan bangunan WTC, New York). Selama tempoh tersebut, USA menjadi raja dunia dan memaksa semua negara lain tunduk kepadanya.


Merekalah Dajjal pada peringkat (fasa) kedua ini.


Fasa Ketiga dalam hadis di atas, mengatakan 1 hari = 1 minggu. 1 minggu akhirat bermaksud 1000/52 iaitu 19.2 tahun . Kalau kita bundarkan, dia jadi 19 tahun. Bermula dari tarikh 11 September 2001, anda dapat melihat kekejaman dan kejahatan Yahudi dalam pelbagai cabang. kehidupan.


Dalam bentok negara, Regim Zionis Israel menymbelih Negara Palestin habis-habisan. Dalam bentok pertubuhan sulit, mereka memperkuatkan Freemansoon & menyelinap masuk ke dalam setiap cabang pertubuhan lain.


Dalam bentok perdagangan Antarabangsa, mereka ada pertubuhan Illuminiti.Mereka menubuhkan syarikat-syarikat perdagangan & melabur di dalam hampir semua negara di dunia ini. Merekalah raja perdagangan yang menguasai apa sahaja.


Merekalah Dajjal pada peringkat (fasa) ketiha ini.


Dajjal peringkat ketiga ini bermaharajalela selama lebih kurang 20 tahun, dari 2001 - 2020. Kita sekarang berada di peringkat ini. Sekarang buka mata anda elok-elok. Buka seluas-luasnya. Pandanglah keliing anda. Anda dapat melihat pengaruh Yahudi di sekeliling tubuh anda.


Ia berada di dalam setiap cabang kehidupan. Makanan, minuman, pakaian, hiburan, sukan, pergaulan dan sebagainya. Ia membelit anda sehingga anda terjerut kerananya.


Fasa Keempat ialah kemunculan Dajjal Al-Masih secara fizikalnya. Nabi S.A.W menyebut bahawa 37 hari biasa adalah seperti hari-hari kamu. Fasa Keempat ini adalah fasa yang paling kritikal di mana ia akan melakukan kerosakan yang sangat terok di atas muka bumi.


Jadi, di mana Dajjal Al-Masih yang sebenarnya berada sekarang???


Menurut. Ustaz Muhammad Isa bin Daud, pengarang buku "Berdailog dengan Jin", Dajjal Al-Masih sekarang berada di Segitiga Bermuda bersama Iblis. Sampai waktunya, sekitar tahun 2020, dia akan muncul menzahirkan dirinya sebagai manusia baik (soleh), bercakap lemah lembut, merendah diri, tawaduk dan sebagainya.



Pada waktu ini, ramai manusia terpengaruh padanya.


Bila dia mengaku dia Nabi Akhir Zaman, ramai umat Islam percaya kepadanya.


Bila dia mengaku dialah tuhan yang sebenar-benarnya, ramai manusia, termasuk umat Islam yang percaya kepadanya.


Kerosakan akidah pada masa itu sangat terok dan menakutkan.


Maka, kalau Dajjal Al-Masih dijangkakan keluar pada tahun 2020, sesuai dengan situasi penurunan kadar air di Tasik Galilee, maka Imam Mahdi akan keluar 7 tahun lebih awal.


Maka tahun yang dikatakan itu ialah sekitar 2014. Wallahu ahlam.


Di mana pula Imam Mahdi??? Jangan tanya saya. Saya pun tak tahu. Saya pun sedang mencarinya. He2.
Loading...

0 Response to "Kerajaan Al Masikh Dajjal, Israel akan musnah 10 tahun lagi. Lihat sendiri paras air di Tasik Galilee ini !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close