(Ibubapa mesti tahu) Nabi Muhammad tak pernah ajar anak dengan KEKERASAN

loading...

NABI TIDAK DIDIK ANAK DENGAN KEKERASAN


tv14.my

Akhir-akhir ini ramai yang bertanya adakah rotan dibenarkan dalam Islam khususnya daripada mereka yang mempunyai anak ramai. Adakalanya ibu bapa merotan anak sebagai cara untuk mendidik.

Berhubung isu rotan, pertama sekali umat Islam perlu memahami falsafah sebenar pensyariatan rotan dalam Islam. Perlu diingatkan, Islam adalah agama yang menitikberatkan nilai kasih sayang. Oleh sebab itu, Nabi SAW telahdididik oleh Allah SWT seperti dijelaskan- Nya dalam firman yang bermaksud: “Dan jika kamu jenis yang keras hati nescaya ramai (golongan yang berada di sekeliling kamu) akan lari (dan tidak berminat untuk menerima dakwah yang disampaikan).” (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Punca nasihat ditolak

Sheikh A’id al-Qarni berpendapat, konsep pendidikan anak juga mestilah berasaskan kepada ayat itu. Jika kaedah pendidikan dimulakan dengan kekasaran, ia akan menyebabkan nasihat berkenaan ditolak. Sejarah Nabi SAW juga membuktikan Baginda tidak pernah menggunakan kekasaran dalam mendidik walaupun kesalahan yang dilakukan sebahagian sahabat bercanggah dengan syariat Islam.

Nabi SAW akan menjelaskan terlebih dahulu kesalahan yang dilakukan mereka di samping memberi jalan keluar dan penyelesaian kepada kesalahan itu. Jika ada yang masih ingkar, barulah kaedah rotan digunakan seperti disarankan oleh al-Quran dalam isu solat, zina dan sebagainya.

Ini dapat dilihat menerusi hadis Nabi SAW: “Didiklah anak kamu solat pada usia tujuh tahun dan rotanlah mereka apabila usia mereka menjangkau 10 tahun ( jika masih meninggalkan solat).” (Riwayat Abu Dawud, hadis hasan sahih)

Guna kaedah galakan

Hadis ini menunjukkan bahawa kaedah mendidik dimulakan dengan galakan pada umur tujuh tahun. Selepas tiga tahun memberi tunjuk ajar secara berhemah, maka barulah Nabi SAW membenarkan ibu bapa untuk merotan anak yang masih ingkar terhadap arahan dan masih melakukan kesalahan serupa.

Boleh ustaz jelaskan garis panduan merotan anak yang dibenarkan oleh Islam.

Merotan anak sememangnya dibenarkan dalam Islam selagi ia tidak memudaratkan dan tidak mencederakan anak. Bagi menjaga kebajikan anak, maka Islam meletakkan beberapa garis panduan rotan supaya ibu bapa dapat mematuhi panduan itu.

Selain itu, ia juga mampu mendorong ibu bapa supaya tidak melampaui batas dalam mendidik sehingga akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada banyak pihak. Antara garis panduan rotan dalam Islam ialah memastikan anak telah dididik menerusi kaedah pembelajaran terlebih dahulu sebelum rotan diguna pakai.

Beri peluang anak untuk berubah

Pastikan juga anak telah diberi peluang untuk berubah supaya mereka faham jika ibu bapa mengambil keputusan untuk merotan adalah disebabkan tindakan anak sendiri yang terus mengulangi kesalahan yang sama walaupun sudah dinasihatkan. Umur anak telah sampai 10 tahun ke atas atau umur yang layak untuk dirotan.

Maknanya, ibu bapa tidak boleh merotan anak kecil. Sementara pemilihan rotan perlu sesuai dengan umur, tubuh dan kesalahan anak. Pastikan kadar rotan yang dikenakan sesuai dengan kesalahan, cara pukulan pula tidak akan mendatangkan kecederaan kekal kepada anak serta elakkan daripada sikap penderaan terhadap kanakkanak sama ada dari sudut mental dan fizikal.

Adakah ada larangan daripada Nabi SAW supaya tidak memukul anak dengan tamparan di muka.

Memang terdapat dalil daripada sunah yang melarang umat Islam menampar anak di bahagian muka walaupun bertujuan untuk mendidik kerana wajah adalah tempat sangat mulia yang perlu dipelihara.

Sabda Nabi SAW: “Jika kamu berperang (bertelagah/bergaduh) elakkan daripada memukul di bahagian wajah.” (Riwayat Muslim) Menurut Imam al-Nawawi, larangan itu turut meliputi larangan menampar, menumbuk dan sebagainya walaupun yang melakukan perbuatan itu adalah ibu bapa. Perbuatan memukul di bahagian wajah seakan-akan menjatuhkan air muka anak sekali gus mampu memberi kecederaan pada bahagian terbabit.

Oleh itu, ibu bapa perlu mengambil perhatian bahawa menampar anak adalah dilarang. Jika ingin menegur dan menghukum sekalipun, maka gunakanlah rotan yang tidak mencederakan atau memudaratkan anak.
Loading...

0 Response to " (Ibubapa mesti tahu) Nabi Muhammad tak pernah ajar anak dengan KEKERASAN "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close