Imam Mahdi akan muncul di Asia Tenggara ketika Jerebu!! Masa kita dah tak Lama !!

loading...

 

Imam Mahdi akan muncul di Asia Tenggara ketika Jerebu!! Masa kita dah tak Lama !!

Dunia semakin tua. Semakin menghampiri penghujung. Fitnah berlegar bagaikan kelajuan cahaya di Whatsapp dan Telegram. Manusia mudah terpedaya dan terpesona dengan kata di Whatsapp dan Telegram daripada membaca berita sebenar dan sahih daripada Al Quran dan Hadis Nabi Muhammad SAW. Kawan baik boleh bergaduh dan berperang kerana fitnah. Keluarga boleh porak peranda kerana mainan fitnah. Masyarakat boleh kucar kacir kerana mainan berita yang “di forward” dalam media sosial.

Di Malaysia, Indonesia dan Singapura, sudah beberapa hari rakyatnya tidak melihat matahari di waktu siang.

Dua hari lepas, berlakunya peristiwa Blood Moon. Bulan berwarna merah. Bulan dikatakan bermandi darah. Menjadi trending peristiwa Blood Moon ini dalam internet pada 28 September 2015. Siang berjerebu, malam melihat bulan yang seolah olah “bermandi darah”.

Bulan seolah olah protes terhadap kekejaman manusia bergaduh sesama sendiri. Berperang tanpa henti untuk kuasa. Sedangkan yang menjadi mangsa adalah kanak-kanak seperti Aylan Kurdi yang tidak bersalah dan tidak berdosa. Tidak faham pun apa itu erti peperangan.

Apakah dalam keadaan jerebu ini adalah salah satu petanda akhir zaman? Mungkin ya atau mungkin tidak? Namun bagi mereka yang mengkaji hadis dan petanda petanda ini, ianya pasti menimbulkan kegusaran dan ketakutan.

10 tanda tanda kiamat sudah pun disebutkan dalam hadis berikut:

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra, berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah SAW dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?” Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”. Lalu Nabi SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”.

Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam as, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – (Hadis Riwayat Muslim)

Asap Dari Bumi

Asap dan api keluar pun keluar dari perut bumi. Ianya dikesan di Yaman pada 7 Jun 2013. Penduduk Yaman menjadi terkejut dengan asap asap yang keluar itu dari bumi itu. Maka sesungguhnya telah datang (hari Kiamat) tanda-tandanya. (QS.47:18) Sebenarnya hari kiamat itulah hari yang dijanjikan kepada mereka dan kiamat itu lebih dahsyat dan lebih pahit. (QS.54:46)

Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya). (QS.21:01) Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :
“Tidak akan terjadi hari Kiamat sampai api keluar dari tanah Hijaz yang menerangi leher-leher unta di Bashra.”

Namun bagi penduduk Islam di Nusantara, ramai mulai percaya dan membuat andaian teori bahawa jerebu yang sudah seminggu melanda ini adalah antara tanda tanda awal kiamat iaitu keluar asapnya dari muka bumi. Malah ada yang percaya bahawa Imam Mahdi akan keluar ketika waktu jerebu ini di Nusantara.

Bagaimanakah karakter Imam Mahdi?

Bagaimana rupa dan watak Imam Mahdi. Ramai yang cuba meneka dan meramal namun hanya Rasulullah SAW yang mengetahui. Nabi Muhammad SAW dibimbing oleh wahyu daripada Allah SWT. Itulah kebenaran yang sebenar.

Rasulullah s.a.w bersabda “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan ketidakadilan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim) Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, dari keturunan anak cucuku.” (Hadis Riwayat. Abu Dawud, Ibnu Majah, dan al-Hakim)

Al-Mahdi itu berwajah biasa dengan warna kulitnya sawo matang. Tetapi syaitan dan jin-jin kafir sangat takut kepadanya, bahkan sangat takut memandang wajahnya kerana amalan wiridnya yang kuat. Kalau anda pernah mendengar kisah Syaidina Umar yang ditakuti syaitan, maka hal itu juga benar kepada Al-Mahdi. Amalannya setiap hari ialah Al-Ikhlas 100X, Al-Falaq 100X dan An-Naas 100X.



Apakah benar berita bahawa Imam Mahdi akan datang dari Nusantara?

Kenapa tidak Imam Mahdi muncul di Afghanistan, Iraq, Mesir, Libya, Tunisia & Syria?

Mengapa perlu di Nusantara? Apa hebatnya Islam di Nusantara berbanding Islam di Arab Saudi dan Timur Tengah?

Sabda Nabi SAW:
“Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang laki-laki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.”

Ammar bin Yasir RA berkata,
“Pembawa Panji-panji Al-Mahdi adalah Syuaib bin Saleh.”

Persoalannya, kenapa nama Putra Bani Tamim itu bukannya Syuaib bin Saleh seperti yang dinyatakan oleh hadis Nabi SAW? Bukankah Syuaib bin Saleh itu adalah nama sebenarnya Putra Bani Tamim itu? Atau apakah hadist Nabi SAW itu palsu atau jika benar kenapa namanya tidak benar-benar Syuaib bin Saleh?

Sesungguhnya hadis itu adalah benar, bukan hadis palsu. Mustahil Nabi SAW berdusta, karena setiap hadis dari Nabi SAW adalah datang dari Allah. Bagaimana Nabi SAW dapat berdusta? Nabi SAW adalah sodiqul masduq (seorang yang benar lagi dibenarkan).

Dari segi bahasa Arab, kalimah Syu’bun berarti Bani bangsa atau puak dari suatu bangsa. Sedangkan kalimah Syu’aibun berarti suatu Bani kecil dari sebuah kabilah. Lagipula, Nabi SAW tidak pernah menyatakan bahwa Putra Bani Tamim itu benar-benar bernama Syuaib bin Saleh.

Kemunculan Imam Mahdi bukan kerana kemahuan Imam Mahdi itu sendiri. Di mana beliau akan muncul dan bila beliau akan muncul adalah kerana takdir Allah yang menentukan. Dikatakan Imam Mahdi itu sendiri tidak mengetahui bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah s.w.t. mengislahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut :



Telah bersabda Rasulullah s.a.w, “Al-Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).



Pengkaji Yahudi Juga Percaya Kemunculan Mahadi



John L Esposito (Ketua Jabatan Pengajian Islam di Universiti Georgetown, Amerika Syarikat) dalam Ensiklopedia Oxford menyatakan bahawa Al-Mahdi (orang yang diberi petunjuk ilahiah).

Ianya merujuk pada “figure eskatologis” yang akan hadir untuk memimpin pada masa keadilan dan keyakinan sejati menjelang tibanya hari kiamat.

Esposito adalah berbangsa Yahudi dan giat mengkaji tentang Al-Mahdi. Esposito juga adalah rakan baik Anwar Ibrahim. Pernah melawat Anwar Ibrahim dirumahnya di Segambut (gambar). Mengapa Esposito berkawan dengan Anwar? Untuk mengkaji kehadiran Imam Mahadi di Malaysia?





Benarkah Imam Mahdi Akan Muncul Di Nusantara Ketika Jerebu?



Apakah benar Imam Mahdi akan muncul pada Oktober 2015 seperti dakwaan sesetengah peramal dalam internet? Jika mengikut ramalan itu, maka kemunculan imam mahdi boleh berlaku di salah sebuah negara di Nusantara ini ketika cuaca sedang jerebu sekarang ini.



Dan kemudian muncul pula Nabi Isa pada tahun 2020? Benarkah ianya akan berlaku? Semua yang bakal berlaku itu adalah kehendak dan ketentuan Allah SWT. Sebagai seorang Islam yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT, kita harus percaya dan mencari bukti sahih sebelum mengambilnya menjadi kepercayaan.



Di akhir zaman ini, ramai peramal dan pengkaji mee segera datang. Macam macam boleh dibuat mereka untuk mempengaruhi pembaca. Namun janji Allah SWT itu adalah pasti dan benar. Paling utama tanya kembali diri kita, sejauh mana amalan kita terhadapNya. Itu yang paling mustahak bagi seorang yang beriman dan beramal.



Usah terlibat dengan kegiatan militan dan jenayah IS yang akhirnya boleh mencemar dan merosakkan nama baik agama Islam. Jagailah Islam dengan peribadi dan perjuangan yang mulia dan hikmah.
Loading...

1 Response to "Imam Mahdi akan muncul di Asia Tenggara ketika Jerebu!! Masa kita dah tak Lama !!"

  1. almaddi adalah gelaran ketua nabi dalam anak kitab nusyil nabi adam yang bermaksud sebagai ketua angkatan adap sembah tuhan selepas kiamat seperti solat berjemaah dimana almaddi sebagai imam dan makmumnya seluruh kerabat nabi termasuk umat terpilih.mengikut sabdaan setiap nabi akan diutuskan setiap 6 ribu tahun yang bermula nabi pertama adam atau szar adama pada tarikh hari akil 1-1-0042 awal musim sehingga terakhir ketua nabi yang kesebelas pada hari akil 1-1-60042 akhir zaman bersamaan tarikh hari khamis 8-3-1979 yang kini telah hampir 40 tahun.asal almaddi dari kalangan hawa tetapi berbeza bahasa yang bermaksud hawa kalangan bangsa timur yang berbahasa sanskrit kesiaman dan bermakna almaddi adalah juga dari timur yang satu bangsa dengan hawa yang berbeza bahasa.mengikut sejarah thailand ada 2 bangsa asal iaitu siam dan melayu bermakna almaddi berbahasa kemelayuan yang lahir di negara thailand .selain almaddi gelaran lainnya adalah yajjut bermaksud nabi yang banyak melakukan kerosakan berbentuk kejahatan menurut anak kitab tunuil nabi idris,majjut bermaksud nabi yang ditakdir dengan agama kepercayaan salah sehingga merosakan diri sendiri menjadi cacat menurut anak kitab mosyil nabi nuh,fuxxu bermaksud nabi yang dapat interaksi alam roh seperti roh isterinya atau roh kudus menurut anak kitab musyil nabi harun,mahaddir bermaksud nabi yang terima ilmu secara spiritual seperti kisah nabi khidir dengan ilmu laduni menurut anak kitab sumtheil nabi lut,majjenun bermaksud nabi yang diuji dengan penyakit-penyakit jiwa atau penyakit gila menurut anak kitab sapuil nabi saleh,kaddey bermaksud nabi yang ada keramat yang dapat interaksi dengan segala benda termasuk haiwan serta tumbuhan menurut anak kitab mutlaqil nabi ishak,makadder bermaksud nabi yang dirahsiakan kenabiaan yang tidak diajar ilmu kenabian dialam nyata seperti nabi lain menurut anak kitab matalail nabi yakub,oraddyl bermaksud nabi yang seperti wanita iaitu diciptakan dengan campuran zarah wanita seperti tubuhnya kecil serta rambutnya lembut termasuk kulitnya halus menurut anak kitab sufail nabi ayub serta mejje bermaksud nabi yang disalib dengan sifat kejadian makhluk terdahulu serta makhluk akan datang menurut anak kitab susyil nabi zakaria.tanda kehadiran almaddi adalah melalui mimpi dimana seluruh ketua agama agama yang ada pada akhir zaman akan mengalami mimpi yang sama tentangnya dan termasuk pada bulan dan matahari akan bertukar cahaya dan banyak lagi..

    ReplyDelete

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close