loading...
'Menyesal guna produk ini' - Kulit muka bersisik selepas guna produk kecantikan !! Sila sebarkan !!
KUALA LUMPUR - Banyak produk kosmetik dijual di media sosial dengan pelbagai tuntutan bahawa produk merekalah yang terbaik. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan semua produk itu mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi sebagai pengguna, anda perlu bijak membuat semakan agar tidak menjadi mangsa bahan-bahan kimia terlarang.
Terbaru, seorang wanita berusia 20'an terpaksa menanggung derita selama dua minggu apabila produk kecantikan yang digunanya telah menyebabkan kulit mukanya bersisik.
Produk apakah itu?
"Seperti mana yang anda semua tahu, sudah dua minggu lebih saya menghadapi semua ini. Mujur sudah semakin pulih dan ini adalah wajah saya selepas menggunakan produk tersebut. Nampak seperti sisik ular kan?
"Ini pengajaran untuk saya sendiri agar lebih berhati-hati memilih menggunakan produk kecantikan di masa akan datang," katanya.
Menurut wanita yang tidak didedahkan namanya itu berkata, dia menyesal kerana memakai produk tersebut namun terpaksa menerima ketentuan itu.
"Jika ada yang tanya, sudah tentu saya menyesal guna produk ini. Siapa yang tak menyesal kulit muka menjadi begini kalau inilah hasilnya? Yang paling penting, saya tahu Allah berikan yang terbaik untuk saya," katanya.
Para wanita dinasihatkan agar tidak terlalu obses dengan kecantikan. Jika ada masalah kulit muka, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor dan selesaikan masalah tersebut dengan kaedah yang selamat. - The Reporter
Loading...
0 Response to "'Menyesal guna produk ini' - Kulit muka bersisik selepas guna produk kecantikan !! Sila sebarkan !!"
Post a Comment