Tahukah Anda, Kita Sebenarnya Boleh 'Withdraw' Duit Di ATM Tanpa Kad? Ini 6 Caranya

loading...

Tahukah Anda, Kita Sebenarnya Boleh 'Withdraw' Duit Di ATM Tanpa Kad? Ini 6 Caranya
 



Mesti panik kalau kita sedang jalan-jalan, cip kad tiba-tiba rosak ataupun dompet hilang sebab tak boleh keluarkan duit di bank. Paling getir kejadian sebegini berlaku pada waktu malam, nak buat kad baru bank tutup, pinjam rakan tak ada duit/dah tidur tapi nak kena pakai duit lebih pada waktu itu

Sebenarnya ada jalan penyelesaian lain yang mungkin ramai tak tahu dimana kita boleh keluarkan duit di atm tanpa menggunakan kad. Cara ini mungkin agak complicated sedikit tapi inilah satu-satunya cara yang boleh selamatkan diri daripada ketandusan wang untuk tampung diri buat sementara waktu.

Jadi, ingat dan simpan perkongsian ini sebagai panduan apabila korang berada dalam keadaan kecemasan nanti. Oh ya, ini hanya untuk pengguna akaun Maybank sahaja, Hong Leong pun ada cuma kami yakin mesti ramai yang guna Maybank kan?






1. Layari Maybank2u.com



Pastikan korang sudah mendaftar Maybank2u.com untuk membuat transaksi ini, layari laman tersebut menggunakan browser (jangan guna yang apps) dan klik pada pautan Account & Banking
2. Pilih Transfer Kemudian Cardless Withdrawal.


Ada 2 pilihan di “Cardless Withdrawal” ini. Kalau untuk kali pertama,n gunakan “Open Cardless Withdrawal”. Tekan pautan tersebut.
3. Isi Maklumat Yang Diperlukan



Masukkan butiran-butiran yang diperlukan termasuklah jumlah amaun yang korang nak. Paling penting sekali ialah nombor telefon, jangan salah amsuk sebab transaksi ini melibatkan korang untuk menggunakan sms. Bagaimanapun maksimum amaun yang korang bolehkan sehingga RM300 sahaja. Klik pada pautan continue dan korang akan menerima SMS, disitu Maybank akan berikan 16 digit nombor, simpan dan terus ke mesin atm
4. Pilih Pengeluaran Tanpa Kad



Sejurus sahaja sampai di mesin ATM, tekan butang Enter atau mana-mana nombor, pilih bahasa dan tekan pada Pengeluaran Tanpa Kad yang terpapar di skrin tersebut.
5. Masukkan 16 Digit Yang Diterima Melalui SMS.



Masa ni lah korang perlu gunakan 16 digit nombor Transaction ID yang korang dapat melalui SMS tadi, kemudian klik pada butang YA. Double check sebelum tekan ya!
6. Masukkan Withdrawal Code



Sekali lagi korang akan menerima SMS untuk 6 digit nombor sebagai pengesahan pengeluaran Withdrawal Code. Masukkan kod tersebut sebelum tekan butang YA. Kemudian barulah boleh kelaurkan duit dengan senang hati! Settle satu masalah, selamat mencuba!
Loading...

0 Response to "Tahukah Anda, Kita Sebenarnya Boleh 'Withdraw' Duit Di ATM Tanpa Kad? Ini 6 Caranya"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close