loading...
DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN.
TARIKH LAHIR : 17/8/1915 di Kampung Lake Garden,Taiping,Perak.
GURU : Syed Zainal bin Syed Idris Al-Attas (Hulubalang negeri Pahang)
SENI BELA DIRI : Silat Gayung(silat yang diamalkan oleh Dato’ Bahaman,Tok Gajah dan Mat Kilau
ANUGERAH : .Hulubalang negeri Perak (sehingga 1938) .Penghulu Besar Pulau Sadong,Indonesia (sehingga 1947) .Pegawai Polis berpangkat Sarjan di Ibu pejabat Polis Singapura .Dianugerahkan Pingat King George lV (1947) .Dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Cora Si Manja Kini Oleh Sultan Idris Shah (Sultan Perak).
PENGASAS : Pertubuhan Silat Seni Gayung Malaysia(PSSGM)
REKOD PERLAWANAN : 1950 – Juara Gusti dunia dari
Eropah,KING-KONG (nama samaran) 1970 – Donn F. Draeger(Pakar seni bela diri Jepun) 1980’an – Ricky ‘the Dragon’ Steamboat(ahli gusti) Jan de Jong(selepas itumenjadi ahli silat gayung)
FAKTA MENARIK : Pada tahun 70’an,hampir 2/3 ahli Kabinet Malaysia adalah ahli persatuan seni silat gayung malaysia.
Perlawanan antara Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman
Pada tahun 1973, Mahaguru Dato’ Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato’ Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do.
Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong. Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu.
Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia.
Kejuaraan Silat Sedunia 1987 di Kuala Lumpur (Dato’Meor Abdul Rahman Memakai Kot Biru)
Kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee.
Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee.
Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato’ Meor Abdul Rahman di Taiping.
Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato’ Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato’ Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato’ Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.
Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato’ Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga.
Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato’ Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato’ Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut.
Sebaik sahaja melihat Dato’ Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato’ Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan(Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee.
Pukulan tangan Dato’ Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato’ Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut.
Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato’ Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato’ Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya.
Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato’ Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri.(Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu.
Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do nya.)
Loading...
0 Response to "Anda Nak Tahu Cerita Bruce Lee Tumpas Dengan Dato Meor Abdul Rahman ? Inilah Cerita Sebenarnya !!"
Post a Comment