Bolehkah Kita Solat Ketika Gusi Masih Berdarah? Ustaz Kazim Elias Menjawab...

loading...





Soalan: Bolehkah kita menunaikan solat ketika gusi masih berdarah kerana cabut gigi?

Azman, Kuala Lumpur.

Jawapan UKE:

Menurut para ulama mazhab al-Syafie, kaedah umum yang boleh dirujuk untuk mengenal pasti najis-najis yang dimaafkan itu ialah suatu perkara yang susah untuk dielakkan daripadanya.

Dalam bab ini agak sukar untuk anda mengawal darah dari gusi anda itu, maka boleh bersolat walaupun masih ada darah keluar.

Kalau gusi berdarah kerana cabut gigi, bagaimana ingin solat dalam keadaan demikian? Maka darah yang keluar itu bukan sesuatu yang dapat dikawal atau disengajakan untuk keluar.

Jika waktu solat masih panjang, anda boleh menunggu sehingga darah tersebut berhenti. Kemudian berkumurlah dan tutuplah tempat gigi dicabut tadi dengan kapas dan seumpamanya.

Apabila anda yakin darah yang mengalir sudah kurang atau berhenti maka bolehlah anda bersolat. Kemudian anda boleh meneruskan solat dan sah solat anda selagi anda tidak menelan air liur yang bercampur dengan darah.

Sumber: Utusan
Loading...

0 Response to "Bolehkah Kita Solat Ketika Gusi Masih Berdarah? Ustaz Kazim Elias Menjawab..."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close