Jangan Sebab Ibu Malas Pegang Botol Susu, Anak Mati Sebab Tersedak Susu !!! Ibu Kena Baca !!

loading...
 




susu6susu7

Situasi bayi tersedak susu adalah satu situasi yang menakutkan dan merisaukan ibu bapa atau penjaga bayi atau kanak – kanak tersebut.  Semasa bayi tersebut tersedak susu bayi boleh menjadi biru atau tercungap-cungap dan ini adalah satu keadaan yang mencemaskan.

  1. Apakah yang dimaksudkan dengan bayi tersedak susu?
Tersedak susu bermaksud bahawa susu termasuk ke dalam saluran pernafasan dan seterusnya ke dalam paru-paru menyebabkan masalah pernafasan dan juga boleh menyebabkan bayi berhenti nafas.

  1. Bagaimana situasi bayi boleh tersedak susu?
Penyusuan adalah satu kemahiran bayi yang kompleks, kemahiran ini wujud sejak lahir untuk bayi yang lahir cukup bulan.
Proses penyusuan ini melibatkan menghisap. mengumpul, mengunyah dan menelan susu.  Keadaan bayi tersedak susu berlaku apabila bayi tersebut tidak dapat menghisap, mengumpul, mengunyah atau menelan susu.
Jikalau anak atau bayi anda tersedak susu saya mengesyorkan ibu bapa membawa bayi atau kanak kanak untuk pemeriksaan selanjutnya dengan:-
  • Seboleh-bolehnya dengan Pakar Kanak-Kanak
  • Jururawat atau bidan di Klinik Kesihatan yang berdekatan.
Ini adalah kerana bayi tersebut boleh tersedak susu disebabkan oleh faktor lain yang merisaukan seperti:-
  • Masalah pada mulut atau saluran penelanan.  Contohnya : klef bibir lelangit atau masalah pada injap di saluran  pemakanan
  • Kanak yang ada masalah perkembangan
  • Perubatan yang kompleks seperti masaalah jantung
  • Bayi menhidapi selsema atau tidak sihat

  1. Bagaimana bayi boleh tersedak susu?
Secara amnya di antara faktor yang boleh menyebabkan bayi  tersedak susu adalah jikalau ada masalah dengan bayi, ibu, botol dan juga posisi badan.
Faktor Bayi :
  • Bagaimana kita menilai bayi dapat menyusu dengan baik? Posisi bayi, pelekapan yang betul perlu dinilai. Kenalpasti tanda pelekapan yang betul iaitu mulut buka luas, merangkumi  areola, bibir melengkung keluar, dagu mencecah payu udara
  • Bayi menghisap susu dengan terlalu laju
  • Sendawakan bayi di antara dan selepas menyusukan anak
  • Selepas disusukan baringkan bayi dengan kepala 45 darjah untuk mengelakkan bayi muntah dalam tidur
Faktor Ibu:
Ibu ada susu yang banyak iaitu “forceful let down” atau “oversupply”.  Di dalam keadaan ini bayi tersebut ada bunyi tersedak dan kadangkala tidak mahu menyusu langsung. Ini disebabkan susu terlalu laju dan bayi tidak dapat mengawal saluran pernafasan dan ianya akan terbuka dan susu akan masuk ke saluran pernafasan. Ini yang menyebabkan bayi terbatuk dan terus tersedak.
Penyelesaiannya adalah:
  • Perahkan sedikit susu terlebih dahulu sebelum memulakan penyusuan.
  • Menyusu disebahagian dada sahaja dalam satu sesi penyusuan. Jika bayi boleh menyusu 15 hinggga 20 minit dan dalam kurang sejam tetapi ingin menyusu lagi ibu-bapa boleh menyusu balik di bahagian dada yang sama.
Faktor Botol:
  • Putting botol yang sesuai –  puting botol yang terlalu besar, susu akan keluar dengan terlalu cepat dan bila ini berlaku bayi tidak dapat mengawal pernafasan dan terus tersedak
  • Penuhkan susu di bahagian depan botol sebab jika kita pegang botol secara condong bayi akan menghisap air dan juga udara. Ini dipanggil “aerophagia” dan boleh menyebabkan bayi termuntah semasa tidur dan menyebabkan bayi tersedak

Faktor Posisi Badan:
Posisi yang sesuai termasuk:
  • Jangan mengayun-ayunkan bayi semasa penyusuan
  • Kepala bayi seharusnya ditinggikan 45 darjah
  • Jangan tidurkan bayi terlentang
  • Bayi sentiasa perlu diawasi semasa penyusuan
Adakalanya penjaga meletakkan botol terlalu lama pada mulut bayi dan tiada pengawasan semasa penyusuan.  Botol susu diselitkan dengan kain dan ditinggalkan.  Susu akan sentiasa keluar dan terkumpul dalam mulut bayi.  Bila bayi bernafas susu akan terus masuk ke dalam paru – paru menyebabkan bayi tersedak dan juga boleh menyebabkan kematian.

  1. Apakah tanda-tanda bayi tersedak susu?
Tanda -tanda tersedak bayi tersedak susu adalah seperti bayi:
  • Menjadi biru
  • Tercungap – cungap
  • Pernafasan laju dan berhenti nafas

  1. Bagamanakah cara mengelak kejadian seperti ini berlaku?
Cara mengelakkan bayi tersedak susu:-
  • Pemeriksaan dengan seboleh-bolehnya pakar kanak-kanak  atau jururawat yang dilatih tentang teknik penyusuan bayi  untuk mengenalpasti bahawa tidak ada masalah lain yang mengbimbangkan.
  • Tentukan masalah sebenarnya. Adakah ianya masaalah pada ibu, bayi atau botol ?

  1. Apa yang perlu buat jika bayi tersedak susu?
Letakkan bayi anda di atas tangan dengan muka ke bawah dan berikan 5 hentakan diantara tulang belikat. Jikalau bayi masih anda tanda tanda tesedak tetapi masih lagi sedar teruskan dengan “5 chest thrust”  seperti gambarajah dibawah.  Jika bayi tidak sedar – teruskan dengan “cardiopulmonary resuscitation”.
susu1
susu2susu3
Akhirkata jika anda berada dalam situasi berhadapan dengan bayi tersedak jangan panik, seboleh-bolehnya belajar “cardiopulmonary resuscitation” terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang perlu dibuat jikalau berhadapan dengan situasi sebegini.
Jikalau terpaksa meninggalkan bayi anda di pusat jagaan kanak-kanak – pastikan memantau pusat jagaan tersebut sebelum menghantar anak anda ke sana dan menentukan bagaimana penjaga mengendalikan bayi dan juga pastikan jumlah kanak-kanak tidak terlalu ramai.

Rujukan:
  1. http://www.myhealth.gov.my
  2. http://www.mysumber.com/lagi-bayi-meninggal-kerana-tersedak-susu
  3. http://www.newkidscenter.com/Infant-Choking
  4. http://www.nct.org.uk/parenting/what-do-if-your-child-starts-choking
  5. www.apls.org.uk
  6. www.breastfeedingbasics.com/articles/oversupply-too-much-breast-milk

( ditulis oleh Dr Charlotte Jane Joseph)
Loading...

0 Response to "Jangan Sebab Ibu Malas Pegang Botol Susu, Anak Mati Sebab Tersedak Susu !!! Ibu Kena Baca !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close