Kisah Benar Anak Lelaki Tidak Dapat Mengucap Sebelum Mati Kerana Melebihkan Isterinya Dari Ibunya Sendiri !!

loading...





Di dalam kitab al-Kaba’ir, karangan Syamsuddin al-Zahabiy ada dirakamkan sebuah cerita. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang lelaki yang bernama Alqamah.

Pada suatu hari Alqamah sakit keras. Keadaannya seolah-olah dia sudah nazak sehingga isterinya pun cemas melihatnya. Dalam keadaan bingung tidak tahu apa yang hendak dilakukan, akhirnya isterinya berpendapat lebih baik segera memberitahukannya kepada Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w. yang mendapat khabar salah seorang sahabatnya sedang bertarung dengan maut, segera menyuruh Ammar, Bilal dan Suhaib untuk pergi melihatnya dan mengajarinya mengucap Laailaha Illallah.

Sahabat Rasulullah yang tiga orang itu pun bergegas menuju ke rumah Alqamah. Memang benar keadaannya sudah ghargharah. Mereka menuntutnya mengucapkan Laailaha Illallah. Tetapi ini lain dengan sahabat-sahabat yang lain yang menghembuskan nafasnya yang terakhir. Sekalipun Alqamah seorang yang taat kepada Allah serta baik kepada sesama manusia, lidahnya kaku tidak sanggup menyebut kalimah tauhid itu.

Mereka juga kebingungan sehingga akhirnya segera melaporkannya kepada Rasulullah s.a.w. Beliau bertanya kepada isteri Alqamah: ”Apakah ibu suamimu itu masih hidup?” Isteri Alqamah menjawab: ”Ya, ibunya masih hidup tetapi sudah tua.”

Rasulullah s.a.w. menyuruh salah seorang sahabatnya untuk pergi berjumpa ibu Alqamah dengan pesanan seperti berikut: ”Kalau nenek sanggup, mari kita ke rumah Rasulullah. Dan kalau nenek tidak sanggup berjalan duduk saja di sini menunggu kedatangan Rasulullah s.a.w. Rupanya wanita tua itu sudah tahu apa yang menimpa anaknya, sudah dapat membaca untuk dipanggil oleh Rasulullah s.a.w. Hatinya berbisik: ”Barangkali aku dipangil untuk menebus atau membebaskan diri Alqamah. Tidak hormat kalau Rasulullah yang datang berjumpa aku, lebih baik kalau aku saja yang pergi berjumpa dengannya.” Kemudian wanita itu berdiri dan berjalan dengan memakai tongkat untuk berjumpa Rasulullah s.a.w.

Sesampai di depan pintu rumah Rasulullah, wanita itu mengucapkan salam dan Nabi menjawabnya. Kemudian Nabi berkata: ”Wahai ibu Alqamah, Aku ingin mendengarkan keterangan yang benar. Seandainya ibu berdusta, wahyu akan turun menjelaskannya. Sekarang aku bertanya: ”Bagaimana sebenarnya anakmu yang bernama Alqamah itu?”

Wanita tua itu menjawab: ”Ya Rasulullah, anakku itu rajin mengerjakan solat, rajin berpuasa dan suka bersedekah.” Rasulullah menambah lagi: ”Apakah engkau suka atau benci melihat anakmu itu? Maksudnya apakah dia ada menyakiti hatimu?”

Wanita tua itu menjawab: ”Memang, saya ada juga merasa sakit hati melihatnya.” Setelah Rasulullah menanya apakah yang menyebabkan dia sakit hati, wanita itu menjawab: ”Hak kepada Allah dia tunaikan dengan baik, hak kepada isteri dan anak-anaknya dia tunaikan dengan baik, begitu juga hak kepadaku sebagai ibu kandungnya. Cuma nampaknya dia terlalu sayang kepada isterinya sehingga terkadang kurang perhatiannya kepadaku.”

Rasulullah s.a.w sememangnya sudah menjangka bahawa Alqamah tidak dapat mengucap kalimah Laailaha Illallah ketika mengakhiri hayatnya kerana kemungkinan ada dosanya terhadap ibunya. Rasulullah s.a.w. berkata: ”Sekarang sudah jelas bahawa Alqamah tidak sanggup mengucap kalimah tsabit itu disebabkan ada dosanya kepada ibunya.”

Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal dan sahabat-sahabat lainnya: ”Sekarang pergi kalian carikan kayu bakar. Hanya itu caranya untuk menyelesakan masalah ini.” Ibu Alqamah terkejut mendengar kata-kata Rasulullah itu dan bertanya: ”Untuk apa kayu itu ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: ” Biar ku bakar dia di hadapanmu.” Ibu Alqamah berkata lagi: ”Ja... ja... jangan ya Rasulullah. Aku tidak rela membiarkan anakku itu dibakar.”

Rasulullah s.a.w. memberikan penjelasan: ”Wahai ibu Alqamah, sebenarnya seksa Allah nanti lebih dahsyat lagi, bahkan kekal. Kalau engkau ingin dosa-dosanya terampun, maka maafkanlah dia. Demi Allah yang diriku berada di dalam kekuasaan-Nya, semua ibadat Alqamah yang terdiri daripada solat, puasa, sedekah dan sebagainya itu tidak ada gunanya kalau engkau tidak memaafkan kesalahannya.”

Mendengar yang demikian itu , ibu Alqamah berkata: ”Ya Rasulullah, aku persaksikan kepada Allah dan malaikat-Nya, bersaksi di hadapan Rasul-Nya serta kaum Muslimin yang hadir sekarang ini bahawa mulai sekarang aku sudah memaafkan kesalahan anakku yang bernama Alqamah itu.”

Rasulullah s.a.w. agak lega mendengarkan kata-kata itu kemudian berkata: ”Wahai Bilal, Ammar dan Suhaib, pergilah ke rumah Alqamah untuk melihat penyakitnya. Kalau nampak dia dalam keadaan ghargharah ajari dia mengucap Laailaha Illallah. Semoga kemaafan ibunya dapat memudahkannya mengucap Laailaha Illallah.

Sesampai di halaman rumah Alqamah, dari dalam rumah terdengar Alqamah mengucap kalimah Laailaha Illallah. Bilal masuk ke dalam rumah dan dilihatnya jiran-jiran Alqamah sedang khusyuk memperhatikan keadaannya yang untuk itu tetapi sanggup mengucap Laailaha Illallah. Bilal berkata: ”Wahai saudara-saudara sekalian, memang benarlah bahawa Alqamah tidak kuasa menyebut kalimah tauhid itu kerana ibunya tidak suka kepadanya. Setelah ibunya memaafkan kesalahannya, lidahnya pun sudah pandai bertutur.”

Alqamah meninggal dunia pada hari itu juga. Rasulullah s.a.w. pun datang menziarahi jenazahnya. Beliau menyuruh supaya memandikannya, mengkafaninya, menyembahyangkannya dan menguburkannya.

Setelah selesai segala urusan, termasuk penguburannya, beliau berdiri dan berkata: ”Wahai kaum Muhajirin dan Ansar, sesiapa diantara kamu yang mengutamakan isteri daripada ibunya, maka akan dilaknat oleh Allah s.w.t., malaikat-malaikatnya serta seluruh manusia. Allah s.w.t. tidak akan menerima amalan seseorang kecuali dia sudah bertaubat kepada-Nya serta berbuat baik kepada ibunya. Reda Allah seiring dengan reda ibu dan kemarahan Allah juga seiring dengan kemarahan ibu.

Marilah kita memohon kepada Allah, semoga kita sentiasa melakukan pekerjaan yang diredhaiNya serta menjauhi yang tidak disukainya. Allah Maha Mulia, Allah Maha Pemurah dan Allah Maha Penyayang.

Untuk pelbagai info lain boleh layari laman web dan follow telegram dibawah:

- Ingin mendalami ilmu akhir zaman, perkara ghaib serta kisah para nabi dan malaikat? Layari https://www.harmagidun.com/
- Bagi yang ingin belajar cara trading saham secara PERCUMA boleh layari laman web https://entrybiru.com/
- Untuk mengikuti kelas intensif khas saham secara PERCUMA di telegram boleh join channel telegram https://t.me/EntryBiru
- Bagi mendapatkan sebarang info dan bahan pengajaran dan pembelajaran kurikulum sekolah rendah dan menengah boleh layari laman web https://sumberpendidikan.com/
- Untuk mendapatkan updet terkini secara lebih pantas dan mesra pengguna dari web sumberpendidikan boleh join channel telegram https://t.me/sumberpendidikan
- Sedang mencari tawaran kerja kosong kerajaan, GLC atau swasta? Layari https://travula.com.my/

Semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita tidak kira dalam apa jua bidang diceburi. Amin!


Loading...

0 Response to "Kisah Benar Anak Lelaki Tidak Dapat Mengucap Sebelum Mati Kerana Melebihkan Isterinya Dari Ibunya Sendiri !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close