Adakah Imam Mahdi akan keluar dari Malaysia,kawasan Bani Tamim? (TA= Tanah | MIM= Melayu ) Ini jawapan hasil KAJIAN kami !

loading...



BUKTI MELAYU IALAH BANI TAMIM

Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW mengambil tangan Saidina Ali dan bersabda,
"Akan keluar dari sulbi mu (Saidina Ali) yang memenuhi dunia dengan keadilan (Imam Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Putera dari bani Tamim, dia datang dari sebelah timur dan dia ialah pemegang panji-panji Al-Mahdi."

-HR. Imam Tabrani





Maka bermula lah Al-Kisah..
Sebuah bangsa yang gah di kawasan timur..
Yang telah digelapkan sejarahnya..
Dari segala penjuru hidup...


Bangsa yang diketahui,
empayar maju di suatu dimensi..
yang wujudnya pemuras dan lela..
Terakol juga istingar bersama..
bukan sekadar keris dan lembingnya..


yang menjadi pelabuhan terbesar.
Bahasanya dipelajari dunia..
Apakah kau lupa zaman gemilangnya,
atau kau sengaja tak pelajarinya?


Melayu...
Megah mu disanjung setiap benua..
tanah emas mu menjadi pujaan semua..
kaya mu kekal berbudi bahasa..
Melayu ku...








Rasanya kita pernah dengar kata-kata orang bahawa Bani Tamim (yg dlm hadis tu)
ialah orang Melayu. Tapi apakah benar Bani Tamim tu orang Melayu?



ATAN : Eh.. Memang larrr Melayu...



Baik, kita tengok sejauh mana nak kata Bani Tamim ini orang Melayu?


Salah satu sebab mereka mengatakan Bani Tamim ini orang Melayu ialah..




1. BANI TAMIM ASAL DARI TIMUR



Lihat lah dalam peta, yup...
Memang Melayu ini terletaknya di timur...
Namun....
(JengJengJeng..)



Jangan lupa, bukan kawasan tanah melayu sahaja yang berada
di timur..
Malah, golongan kaum mata sepet seperti Jepun (Jepang) juga berada di timur.
Malah, kita semua mengetahui bahawa negara yang pertama matahari terbit
ialah negara Jepun.




ATAN : Alaaa..Melayu majoriti muslim.. Jepun agama bukan Islam..


*Yup.. Tapi siapa kata tiada penduduk Islam di Jepun?
Dan siapa kata Bani Tamim itu tergolong dari seluruh bangsa?
Mungkin sekelumit Islam Jepun itu pun boleh jadi Bani Tamim..
Sebab apa?
sebab kita tak tahu kan??








2. NENEK MOYANG ORANG MELAYU YANG GAH



Memang tidak dapat disangkal..
Kemegahan orang Melayu..
Dengan Empayarnya,
ketenteraan, ekonomi, dagang, sosiobudaya, tamadun.
Segalanya tentang Melayu dalam sejarah memang hebat.
Ada yang kaitkan Melayu dengan
kerajaan Atlantis dan Lemuria..


Dua Kerajaan hebat di zaman silam yang
dah cipta helikopter dan cipta ufo.
nenek moyang melayu lah tu..
dan yang mencipta barang mesin tanpa elektrik
dan pelbagai lagi kisah..


kemudian kisah2 ke-walian Melayu.
Bermula lah cerita segala Azimat melayu..
Dengan wujudnya kisah Badang yg jadi sasa..
Mahsuri yang menyumpah Langkawi..
Sultan Mahmud yang menyumpah pembunuhnya...
Kisah Beting Beras Basah...
Azimat Tamingsari..
Sumpah ibu tanggang...
dan cerita-cerita sakti semuanya..


Dalam kisah2 lama seperti ini, maka dilihat bahawa MELAYU ITU HEBAT.


Namun adakah dengan kehebatan nenek moyang, akan menjamin kehebatan
cucu-cucunya?
Tidak! Malah, nak tengok kehebatan cucu-cucunya?





Adakah dengan kehebatan seperti ini hendak mengaku
"Bani Tamim" ?








3. TA = TANAH / MIM = MELAYU
Dan ada pandangan yang mengatakan..
TAMIM yang nabi maksudkan ialah,
huruf2 hijaiyah (jawi)
iaitu huruf
Ta dan Mim....
Dan dikatakan Nabi sebenarnya memaksudkan..
Ta = Tanah
Mim = Melayu


Hebat bukan??
Kalau benarlah begitu permainannya,
ada bangsa lain yang lebih layak lagi jadi Bani Tamim
selain Melayu.. nak tau apa?


Ta = Ta
Mim = Mil
=TAMIL


TAMIL ada huruf Ta dan Mim pada satu perkataan..
sementara Tanah Melayu perlukan 2 perkataan...
Mesti Tamil lah lagi layak kan....


Jika Nabi SAW menyebut "Syam"
adakah nabi memaksudkan huruf 'Syin' dan 'mim'??


Jika Nabi SAW menyebut "Firsi"
adakah nabi memaksudkan huruf 'Fa' dan 'Sin' ??


Jika nabi SAW menyebut "Yaman"
adakah nabi memaksudkan huruf 'Ya' dan 'nun'?
TIDAK sama sekali..


Jadi mengapa pula dalam hal TAMIM,
ada yang sanggup tafsir dengan akal
dan menyebut huruf 'Ta' dan 'Mim' sebagai hujjah??


Bani Tamim ini memang pun wujud..
Ia sememangnya nama sesuatu bani (kaum).
Ia bukan kata2 shortform atau akronim...






ATAN : Kalau ada bangsa Bani Tamim ni, bagi seorang jer nama orang dari kaum ni..



*Salah seorang tokoh kenamaan yang berasal dari Bani Tamim ialah,
Sheikh Al- Islam Al-Imam Muhammad Bin Abdul Wahab Bin Sulaiman Bin Ali Bin Muhammad Bin Ahmad Bin Rashid Bin Barid Bin Muhammad Bin Al-Masyrif At-Tamimi Al-Hambali An-Najdi.
Atau penfitnah dan tukang tuduh sering memanggil baginda, 'wahabi'...



Salah satu kitab terkenal baginda ialah,
Kitab At-Tauhid...








4. DARAH KETURUNAN SAIDINA ALI TELAH PUN BERCAMPUR DENGAN MELAYU
Mungkin pada para pengkaji mengatakan sedemikian..
Kerana adanya sangkut paut di antara yang berdarah Nabi SAW dengan Melayu..
Antara yang terkenal berdarah Nabi SAW di tanah Melayu ini ialah
mereka yang ada pada mereka nama seperti
Wan, Long, Sayyid, Saggaf, Nik, Sharifah, Awang dan sebagainya..
Namun, benarkah semua golongan nama ini asalnya dari Saidina Ali?
dan bukan dari anak-anak nabi yang lain?
atau bukan dari menantu nabi yang lain?


Kalaupun seluruh orang yang bernama seperti itu merupakan darah
Saidina Ali, berapa peratus orang Melayu yang ada nama tu?
Dan mengapa pula dengan peratusan itu boleh menjadi hujjah mengatakan 'Melayu ialah bani tamim'?


Kalau Melayu sudah pun menjadi majoriti berketurunan Saidina Ali,
maka ternyata kita semua ni ahlul bait..
Mesti puak syiah dah puja2 dah kita ni..








KONKLUSION:
Allah SWT knows best who is the real Bani Tamim..
Wallahualam..




*SEDIKIT NAK CAKAP:
Orang melayu hari ini membincangkan hal
yang mengatakan bahawa melayu ialah bani tamim. mereka bercakap dengan penuh rasa tinggi darjat mereka dan angkuh dengan kenyataan tersebut. Ini lah yang saya tidak gemar melihat. Sedangkan tidak ada apa yang patut dibanggakan jika kamu itu Melayu. Kerna Melayu hanya layu. Kalau bukan kerana Islam, Melayu hanya di mana? dan setengah orang melayu yang memuji-muji kehebatan moyang mereka yang mempunyai empayar hebat dengan senjata dan ekonomi sebagainya. adakah melayu memang suka meninggi diri? dan kemana perginya kemegahan itu? kenapa cucunda sekalian tidak membina kembali kemegahan itu? kalau pun benar hal moyang-moyang itu. jika moyang-moyang kalian orang melayu masih hidup, apa akan dikata?
"cucunda-cucunda ku, di mana kehebatan yang kami tinggalkan dahulu?"
cucu2 nk jwb apa?
"dah dimusnah penjajah nekkkk"
fikir2kn
Loading...

3 Responses to "Adakah Imam Mahdi akan keluar dari Malaysia,kawasan Bani Tamim? (TA= Tanah | MIM= Melayu ) Ini jawapan hasil KAJIAN kami !"

  1. almaddi adalah gelaran ketua nabi dalam anak kitab nusyil nabi adam yang bermaksud sebagai ketua angkatan adap sembah tuhan selepas kiamat seperti solat berjemaah dimana almaddi sebagai imam dan makmumnya seluruh kerabat nabi termasuk umat terpilih.mengikut sabdaan setiap nabi akan diutuskan setiap 6 ribu tahun yang bermula nabi pertama adam atau szar adama pada tarikh hari akil 1-1-0042 awal musim sehingga terakhir ketua nabi yang kesebelas pada hari akil 1-1-60042 akhir zaman bersamaan tarikh hari khamis 8-3-1979 yang kini telah hampir 40 tahun.gelaran lainnya yajjut bermaksud nabi yang banyak melakukan kerosakan berbentuk kejahatan menurut anak kitab tunuil nabi idris,majjut bermaksud nabi yang ditakdir dengan agama kepercayaan salah sehingga merosakan diri sendiri menjadi cacat menurut anak kitab mosyil nabi nuh,fuxxu bermaksud nabi yang dapat interaksi alam roh seperti roh isterinya atau roh kudus menurut anak kitab musyil nabi harun,mahaddir bermaksud nabi yang terima ilmu secara spiritual seperti kisah nabi khidir dengan ilmu laduni menurut anak kitab sumtheil nabi lut,majjenun bermaksud nabi yang diuji dengan penyakit-penyakit jiwa atau penyakit gila menurut anak kitab sapuil nabi saleh,kaddey bermaksud nabi yang ada keramat yang dapat interaksi dengan segala benda termasuk haiwan serta tumbuhan menurut anak kitab mutlaqil nabi ishak,makadder bermaksud nabi yang dirahsiakan kenabiaan yang tidak diajar ilmu kenabian dialam nyata seperti nabi lain menurut anak kitab matalail nabi yakub,oraddyl bermaksud nabi yang seperti wanita iaitu diciptakan dengan campuran zarah wanita seperti tubuhnya kecil serta rambutnya lembut termasuk kulitnya halus menurut anak kitab sufail nabi ayub serta mejje bermaksud nabi yang disalib dengan sifat kejadian makhluk terdahulu serta makhluk akan datang menurut anak kitab susyil nabi zakaria.tanda kehadiran almaddi adalah melalui mimpi dimana seluruh ketua agama agama yang ada pada akhir zaman akan mengalami mimpi yang sama tentangnya dan termasuk pada bulan dan matahari akan bertukar cahaya dan banyak lagi..

    ReplyDelete

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close