loading...
Perang Armageddon
(dikemaskini 1 April 2016)
Perang Armageddon adalah satu peristiwa besar yang akan terjadi nanti iaitu peperangan besar di antara Yahudi menentang pakatan Islam dan Kristian. Peperangan yang dimulai dengan persahabatan atau perjanjian aman di antara Islam dan Kristian tetapi ia sebenarnya adalah ‘PALSU dan tipu helah (bagi Islam yang melihat dengan ‘Mata Hati’) sehingga semua penduduk dunia menyangka dan menyatakan bahawa kita akan hidup aman damai dengan termeterinya beberapa perjanjian damai yang pada hakikatnya selepas itu kita (Ahlul Sunnah wal Jamaah) akan dicabuli oleh musuh-musuh yang benci terhadap orang-orang yang beriman kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
Armageddon :
Perkataan ini yang bersal dari Ibrani (Hebrew) dan terdiri daripada dua perkataan, iaitu :
Ar :
yang membawa maksud sebuah gunung atau bukit
Mageddo atau Megiddo :
Nama dari sebuah lembah di Palestin yang mana lembah ini merupakan sebuah medan pertempuran yang akan tercetusnya perang ini. Ia membentang dari dataran Mageddo di utara sampai ke Edom di Selatan yang jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bahagian Barat dan Bukit Mohab di Timur yang jaraknya 100 batu .
Para ahli peperangan berpendapat bahawa kawasan ini merupakan tempat yang strategik, setiap panglima tentera dan angkatan yang dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan yang datang. Perkataan Armageddon bukanlah sebuah perkataan yang asing dikalangan para ahli kitab yang membaca dan mengamalkan kitab Taurat, Zabur, Injil yang lama berasal dari penulisan Ibrani dan disebut juga di dalam kitab tersebut mengenai akan berlakunya peperangan hebat ini. Ahli kitab ini adalah golongan Yahudi dan Nasrani yang beramal dengan kitab asal.
Hancurnya bangsa Yahudi adalah satu tanda dari datangnya hari qiamat. Hal ini ditandai dengan berkecamuknya perang besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk Zionist Israel dan akan diakhiri oleh pertempuran dahsyat yang dikenal sebagai Armageddon, dimana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin. Disebutkan dalam Kitab Zakharia (John The Baptist) (89/13), bahawa sebagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan:”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel menjadi kubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”. Kerana peristiwa ini akan terjadi di lembah Megiddo, Palestin, yang sekarang menjadi wilayah jajahan Israel (Yahudi & Nasrani Zionist) maka merekalah orang pertama yang akan merasakan panasnya nyalaan api peperangan. Dalam teks Kitab Injil ada mengatakan “Roh-roh syaitan akan mengumpulkan pasukan dari seluruh dunia di Armageddon”.
Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dan terakhir dengan menggunakan seluruh kekuatan dari pelbagai aspek peralatan senjata moden yang canggih. Kemungkinan perang ini adalah Perang Dunia ke-3, (Perang Nuklear berdasarkan kepada ramalan beberapa pakar termasuklah Sheikh Imran N. Hosein). Menurut kajian dan pendapat Sheikh Hamza Yusuf, keadaan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti zaman pertengahan kesemua teknologi yang kita miliki sekarang ini akan musnah dan berlaku perubahan yang amat ketara dalam sistem kehidupan manusia, siri peperangan seterusnya (Perang Dunia ke-4), bala tentera akan hanya menunggang kuda bersertakan pedang, panah, lembing dan alatan senjata lama.
Pendapat para ahli kitab tentang Perang Armageddon:
1. Dalam kitab Wahyu (Revealition) pasal 16 ayat 16 dikatakan,
“Dan roh-roh syaitan akan mengumpulkan sekalian tentara di dunia di sebuah tempat bernama Armageddon” (Injil, hal. 388, penerbit Daar Ats Tsaqafah, Mesir)
2. Ronald Reagen pernah berkata,
“Sesungguhnya generasi ini tepatnya adalah generasi yang akan melihat Perang Armageddon.” (Kitab Ramalan dan Politik)
3. Segala sesuatu pasti akan berakhir dalam beberapa tahun, dimana akan terjadi Perang Dunia yang paling besar, iaitu Perang Armageddon atau perang di dataran Mageddo.
(“Kitab Drama Berakhirnya Zaman” oleh Oral Robertus dan “Kitab Akhir Dunia Yang Paling Besar” oleh Hall Lindus, mereka mempercayai tahun 2000 adalah berakhirnya dunia)
4. Jimmy Sujjest berkata,
“Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahawa kita akan mencapai perdamaian. Akan tetapi aku percaya bahawa perang Armageddon akan datang. Sesungguhnya Armageddon akan datang dan bertemu di lembah Mageddo. Ia akan datang. Mereka boleh saja menandatangani perjanjian-perjanjian perdamaian (kata sepakat persefahaman) yang mereka inginkan. Namun, sesungguhnya hal itu tidak akan merealisasikan apa-apa pun. Sebab, hari tersebut akan tetap datang.” (Kitab Janji yang Benar dan Janji yang Dusta)
5. Gerry Folwel, seorang pemimpin fundamentalis Nasrani berkata,
“Sesungguhnya Armageddon adalah sebuah hakikat (realiti) dan sangat nyata, akan tetapi kita bersyukur kerana ia akan terjadi pada akhir hari sejagat.”
(Kitab Ramalan dan Politik)
6. Shofeld berkata,
“Sesungguhnya orang-orang Nasrani yang ikhlas hendaklah bergembira dengan peristiwa ini, kerana pertempuran yang terakhir ini (Armageddon) akan bermula, maka Isa al Masih akan segera mengangkat mereka ke awan, dan mereka akan diselamatkan oleh al Masih serta tidak akan menghadapi kesusahan apa pun yang terjadi di bumi.” (Kitab Ramalan dan Politik)
Sebenarnya, baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam telah memperingatkan kita akan peperangan besar (Armageddon) di akhir zaman ini. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:
لا تقوم الساعة حتى تقاتلوا اليهود ، حتى يختبئ اليهودي وراء الحجر والشجر . فيقول الحجر والشجر : يا مسلم ! يا عبد الله ! هذا يهودي خلفي فتعال فاقتله ، إلا الغرقد
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali pokok gharqad (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa perang akhir zaman iaitu waktu hampir qiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah Subhanahu Wa Ta'ala pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada perang akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.
Israel akan memberi dan menerima benih dan bantuan kewangan sekiranya ada pihak yang ingin berkempen menanam pohon Gharqad, segala info ada di: Jerusalem Post, Trees For The Holy Land dan Tree Planting Center
Sumber : www.matsumas.org
Loading...
0 Response to "Israel Sedang Giat Menanam Pokok Ghargad untuk bersedia Menghadapi PERANG ARMAGEDDON !!"
Post a Comment