KEJAM SUNGGUH !!!14 cara Muslim Rohingya dihapuskan Kafir Buddha !!!

loading...


KEJAM SUNGGUH !!!14 cara Muslim Rohingya dihapuskan Kafir Buddha !!!



Sources: http://www.vice.com/read/brutal-photographs-from-the-frontline-of-myanmars-rohingya-genocide

Tulisan ini merupakan tulisan yang sangat penting untuk kita, terutamanya rakyat Malaysia, supaya boleh menilai apakah sebenarnya yang berlaku di Burma khususnya bumi Arakan dan ujian yang bagaimana yang dihadapi secara sabar oleh saudara Rohingya kita. Apakah sebenarnya yang berlaku sehinggakan baru-baru ini tercetus sekitar 7000-8000 orang Rohingya telah tersadai di Selat Melaka. Nak tahu apa yang berlaku kepada mereka sebenarnya? Ringkas sebagai permulaan tulisan ini bahawa kejadian di Selat Melaka tersebut adalah sedikit cerminan-cerminan peristiwa penghapusan etnik di Burma sejak tahun 1942 lagi.

Dalam masa yang sama, tulisan ini ingin membawa satu muhsabah yang dalam buat rakyat Malaysia bahawa jika orang Melayu Islam di Malaysia tidak berhati-hati dan bersungguh menjaga kuasa dan keharmonian negara, maka tidak mustahil kejadian yang berlaku di Rohingya berlaku juga di Malaysia. Perspektif kejadian di Burma perlu dilihat dari kerangka bangsa dan agama. Ia adalah racism tetapi itulah hakikat yang berlaku. Perspektif ini sering dinafikan kerana dikatakan sebagai satu perspektif yang negatif dan pesimis. Namun begitu, perspektif inilah yang mendasari umat Islam di Palestine, di Burma, di China, di Thailand, di Filipina dan mana-mana pelosok dunia yang mempunyai pembantaian ke atas umat Islam.



Secebis sejarah Rohingya dan Burma

Arakan iaitu tanah yang didiami Rohingya mempunyai 2 kelompok kaum yang besar iaitu yang terdiri daripada etnik Rohingya yang beragama Islam dan Rakhines ataupun Maghs yang beragama Buddha. Arakan merupakan antara 14 daerah di dalam wilayah Burma di mana daripada 7 juta umat Islam di sana, hampir separuh berada di Arakan. Arakan yang berkeluasan 36,778.0 Km persegi mempunyai populasi lebih daripada 3 juta penduduk, tidak termasuk seramai 1.5 juta etnik Rohingya yang dibunuh dan dibuang daripada Burma sejak daripada tahun 1942. Kini, majoritinya terdiri sama banyak daripada etnik Rohingya dan etnik maghs. Seawal tahun 1942 juga, terdapat lebih kurang 200,000 etnik di Burma tetapi kini hanyalah tinggal sekitar 100 lebih sahaja.



Siapakah dalang yang perlu dipersalahkan?

Jika diselidiki siapakan di sebalik Kerajaan Burma yang menjalankan ethnic cleansing ke atas muslim Rohingya maka jawapan yang ada terbukti bahawa majority daripada kerajaan dan tentera adalah daripada etnik Maghs. Mereka bukanlah penduduk asal Burma. Mereka ini berhijrah ke Burma dalam sekitar 1200-1500 tahun yang lepas. Asal usul bahasa mereka adalah Sino-tibetan dan merupakan susur galur dari keturunan Yunnan yang bermigrasi daripada China. Etnik Maghs telah menduduki tanah Arakan sehingga berjaya memerintah tanah tesebut.

Pada tahun 1982, mereka telah membuat satu proses Burmanization dan memperkenalkan identity mereka sebagai Burman. Burmanization adalah proses asimilasi menjadikan Burma sebagai satu bangsa, budaya, bahasa dan sejarah. Identiti bangsa adalah Burman dan identiti agama adalah Buddha. Sebagai tambahan kepada identity tersebut, jika diimbas kembali pada tahun 1961, kerajaan Burma telah mengisytiharkan Buddhism sebagai state religion tanpa mengambil kira etnik majority lain seperti Rohinyga yang beragama Islam dan Kachin yang 90% beragama Kristian.

Mana-mana etnik yang cuba menolak asimilasi identiti ini maka mereka perlu berhadapan dengan penghapusan etnik. Wajarlah ia ditentang orang Islam kerana pemaksaan identiti ini akan mendorong mereka untuk murtad. Setelah diselidiki, terdapat 14 kaedah penghapusan etnik yang berjaya direkodkan seawal tahun 1942 lagi yang dilakukan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan ke atas etnik Muslim Rohingya. Berikut merupakan keempat belas usaha tersebut.

1. Statistical genocide sebagai usaha mengaburi usaha jahat tentera dan kerajaan Burma.

Statistical genocide yang dilakukan oleh tentera State Law and Order Restoration Council(SLORC) adalah satu usaha yang bertujuan mengaburi mata dunia daripada segala kekejaman tentera dan kerajaan Burma dengan menunjukkan angka penduduk Rohingya yang telah digelapkan. Ideanya adalah supaya menunjukkan tiada berlaku pembunuhan dan paksaan migrasi kepada etnik muslim Rohingya di muka bumi Arakan. Dengan cara ini segala usaha jahat pembunuhan, rogol, pukul, rampasan dan lain-lain usaha boleh dilakukan dengan sangat selesa.

Jika diperhatikan, angka penduduk Rohingya yang ditunjkkan kini adalah lebih rendah daripada apa yang pernah dibuat oleh Burma Socialist Programme Party (BSPP) pada 30 tahun yang lalu. Mana mungkin setelah siri-siri pembunuhan dan paksaan migrasi (akan diterangkan lanjut di bawah) besar-besaran tidak menunjukkan sebarang pengecilan drastik angka populasi etnik muslim Rohingya? Dalam masa yang sama statistical genocide ini bertujuan untuk tidak mengiktiraf status majoriti etnik muslim Rohingya dan sekaligus menafikan hak kerakyatan mereka.



2. Proses murtad dan menghapuskan identiti: Burmanization dan De-muslimization

Ketika Burman mendapat kuasa dan mendaulatkan Buddha sebagai agama negara maka Burman ataupun etnik Maghs ini telah melakukan satu proses Burmanization. Proses Burmanization ini bertujuan menghasilkan satu asimilasi agama, etnik, budaya, masyarakat dan sejarah etnik-etnik Myanmar ini sebagai satu kaum dengan satu bahasa dan agama. Antara slogan terkenal adalah “to be Burmese is to be a Buddhist” dan slogan ini dicanang-canangkan kepada seluruh etnik.

Maka proses ini secara tidak langsung menetapkan satu pemaksaan prinsip-prinsip de-muslimazation kepada etnik Rohingya. Ataupun dengan kata lain, kalau ingin kekal di Burma maka tolong murtad! Ia bertentangan dengan prinsip agama islam dan Rohingya terpaksa menolaknya. Hasil penolakan oleh etnik Rohingya terhadap Burmanization dan de-muslimization ini, maka kerajaan tentera tempatan yang dipenuhi oleh etnik Maghs telah menjalankan satu proses yang dinamakan Rakhine Pyi pada tahun 1974 dengan memberi taraf kerakyatan kepada etnik Maghs yang beragama buddha di Arakan dan tidak mengikritaf kerakyatan etnik Rohingya.

3. Pogrom 1942: Penyembelihan etnik Muslim Rohingya sebelum kemerdekaan.



Etnik Maghs yang beragama Buddha di Arakan sentiasa menginginkan tanah yang diduduki oleh etnik Rohingya. Pada tahun 1942, sebanyak 10,000 orang etnik Rohingya yang beragama Islam telah dibunuh dengan kejam dan ribuan lagi dihalau daripada perkampungan mereka. Pada bulan April 1942 khususnya, ketika rusuhan dan peperangan sivil tercetus di Arakan daripada kepulauan Akyab, etnik Maghs bersama-sama dengan para pemerintah Burma telah memanfaatkan situasai tersebut dengan menyembelih seramai 100,000 orang muslim Rohingya lagi dan membakar lebih daripada 307 buah perkampungan muslim. Ketika itu hampir sahaja keseluruhan bahagian timur Arakan menjadi tanah perkampungan bukan Islam dan etnik Maghs yang beragama Buddha menduduki tanah tersebut.

Namun begitu, setelah Burma mendapat kemerdekaan pada tahun 1948, muslim Rohingya telah merayu kepada kerajaan baru Burma untuk mendapatkan semula tanah mereka, tetapi permintaan ini telah ditolak. Hasilnya ribuan umat Islam Rohingya tidak mempunyai tempat tinggal.



4. Rohingya dinafikan hak pemilikan tanah: Panlong Conference 1945.

Terdapat beberapa siri penafian hak pemilikan tanah oleh Kerajaan Burma terhadap etnik muslim Rohingya. Antara yang terpenting adalah pada tahun 1945, di mana ketika itu General Aung San sedang berusaha mendapatkan kemerdekaan daripada tangan British. Syarat yang diberikan oleh British adalah agar beliau mendapat sokongan segala etnik baik majoriti dan minoriti di Burma. Justeru itu, pada tahun 1947 telah diadakan satu persidangan yang dinamakan Panlong Conference yang diadakan di wilayah Shan. Setiap etnik minoriti seperti Shan, Kayah, Kachin, Karen dan lain-lain etnik telah diberikan jaminan untuk mendapat autonomi kepada tanah mereka.

Namun begitu, etnik Muslim Rohingya yang merupakan antara etnik majoriti tidak dipanggil. Bahkan, wakil bagi etnik di Arakan telah diwakili oleh etnik Buddhist Maghs yang sebenarnya merupakan satu konspirasi kerajaan pusat untuk meletakkan Arakan iaitu tanah umat Islam Rohingya di bawah kekuasan mereka yang beragama Buddha. Ini secara tidak langsung telah menafikan hak pemilikan tanah kepada etnik Muslim Rohingya.



5. Etnik Muslim Rohingya dinafikan hak politik

Namun begitu, penafian hak ini tidak berhenti disitu. Pada pilihan raya Burma yang pertama pada tahun 1947, Majlis Perlembagaan Burma dengan sengajanya tidak mengambil kira perwakilan daripada kawasan utara Arakan untuk terlibat dalam pilihanraya kerana kawasan tersebut dipenuhi oleh umat Islam.

Walaupun selepas itu wujud usaha untuk bernegosiasi dengan pihak British, namun begitu ia merupakan satu usaha yang terlambat kerana Perlembagaan Burma telah siap dihasilkan. Ini merupakan satu tindakan jahat menafikan hak politik sekaligus memansuhkan jaminan hak dan keistimewaan etnik muslim Rohingya sebagai pribumi Burma menurut perlembagaan.

Selepas kejadian ini, etnik Rohingya diarahkan keluar daripada mendiami kawasan penempatan mereka kerana tidak diiktiraf sebagai pribumi.



6. Operasi Tentera: BTF Operation dan Nagamin (King Dragon) Operation 1978.







Jadual1: 19 operasi ketenteraan yang tidak pernah berhenti sejak Kemerdekaan Burma.

Selepas kemerdekaan Burma, pada tanggal 4 januari 1948, 19 operasi ketenteraan di wilayah penempatan Rohingya dijalankan dengan alasan untuk mengawal rusuhan daripada berlaku. Tetapi hakikat sebenar yang berlaku adalah 19 operasi-operasi pembunuhan, pencerobohan masjid dan tempat ibadah, pemusnahan sumber pendapatan, dan rampasan ladang-ladang serta tempat tinggal. Antara 19 operasi ini, operasi Burma Territorial Force (B.T.F) adalah yang paling kejam sekali. Kerajaan tentera tempatan yang dipenuhi oleh etnik Buddhist Maghs telah membunuh, merogol, membuat kemusnahan dan melaksanakan undang-undang sesuka hati mereka. Akhirnya ia mengakibatkan ribuan penduduk muslim Rohingya terpaksa lari meninggalkan tempat tinggal mereka.

Antara operasi lain yang tidak berperikemanusian juga adalah operasi Nagamin (King Dragon) pada tahun 1978. Dalam operasi ketenteraan ini, seramai 300,000 etnik muslim Rohingya dihalau keluar daripada perumahan mereka dan hampir 1/3 dibunuh. Lebih 200,000 orang pada kemudian harinya telah dikembalikan dengan jaminan keselamatan di bawah Bilateral Repartriation Agreement antara kerajaan Burma dan kerajaan negara lain, tetapi jaminan tersebut hanyalah tipu daya tentera yang sekali lagi, nasib etnik muslim Rohingya diperkotak-katikkan oleh kerajaan Burma.

7) Etnik muslim Rohingya dinafikan hak kerakyatan dan hak istimewa pribumi.



Bukan sahaja mereka dinafikan hak penempatan dan politik, tetapi pada masa yang sama turut dinafikan hak mereka dalam mendapat kerakyatan serta hak istimewa penduduk pribumi. Hak kerakyatan etnik Muslim Rohingya walaupun di bawah Union Citizenship Act of 1948 ada meletakkan undang-undang asas kerakyatan sebagai “ there shall be one citizenship through out the Union” tetapi mereka tidak diterima dalam perincian etnik yang berautonomi seawal persidangan Panglon 1945.

Bahkan lebih teruk lagi apabila satu semakan semula kerakyatan yang bertujuan mengiktiraf status pribumi dibuat pada tahun 1982. Di bawah Burma Citizenship Law 1982 (Pyithu Hluttaw law no. 1982-87) telah membahagikan kerakyatan kepada beberapa kelas iaitu kelas rakyat biasa, rakyat bersekutu dan rakyat pribumi. Seperti yang dijangka, etnik muslim Rohingya tidak tersebut dalam kelas rakyat pribumi yang sekaligus dinafikan langsung hak keistimewaan pribumi mereka.

Berbeza dengan etnik-etnik lain seperti Kachin, Kayah, Karen, Chin, Maghs (Burman), Mon dan Arakanese yang melalui kerakyatan ini telah diiktiraf hak pemilikan tanah melalui status pribumi. Di akhir usaha kerakyatan ini adalah etnik Rohingya dengan kerakyatan “a stateless people”. Tiada Negara, tiada tempat tinggal dan tiada tanah.

8) Pembunuhan dan pembantaian di bawah kempen Pyi Thaya (Prosperous Country) oleh SLORC.

Dalam keghairahan Burma cuba mengejar modernisasi dan pertumbuhan rancak demokrasi sekitar tahun 1988, justeru itu, pada awal tahun 1991 satu kempen menghapuskan etnik Rohingya dijalankan di bawah nama “Pyi Thaya” ataupun nama lainnya sebagai Prosperous Country Campaign. Kempen ini bertujuan menjadikan Myanmar terkehadapan dari sudut pembangunan dan keselesaan. Tetapi dibeli dengan harga nyawa Rohingya.

Di bawah kempen ini, askar-askar daripada State Law and Order Restoration Council(SLORC) yang rata-ratanya terdiri daripada etnik Buddhist Maghs telah dikerahkan ke Arakan untuk melakukan pogrom(penyembelihan dan penghapusan) ke atas etnik muslim Rohingya. Akibatnya, 300,000 orang muslim telah melarikan diri sehelai sepinggang ke Chittatong iaitu satu daerah di Bangladesh.

Setelah dihalau, kerajaan tempatan telah melakukan jemputan berbondong-bondong khusus kepada penganut agama Buddha dari dalam dan luar negara untuk menetap dan membangun penempatan di tanah etnik muslim Rohingya yang telah ditinggalkan di bawah program pembangunan kerajaan.

9) Konflik dan konspirasi tentera SLORC dan United Nation Human Rights Council (UNHRC)



Walaupun kewujudan institusi antarabangsa United Nation Human Righst Council (UNHRC) cuba memainkan peranan dalam menyelesaikan permasalah ini tetapi ia merupakan satu tindakan yang sia-sia. Segala usaha UNHRC seperti projek pemulihan dan penyatuan kaum diselenggara sendiri oleh tentera SLORC yang dalam masa yang sama turut terlibat membunuh etnik muslim Rohingya. Mana-mana etnik muslim Rohingya yang dihantar pulang ke Arakan di bawah perjanjian bilateral UNHRC telah dipindahkan semula oleh tentera SLORC.

Dalam masa yang sama kakitangan kerja yang dipilih untuk berkhidmat sebagai staff UNHRC juga disekat hubungannya untuk menceritakan hal-hal sebenar kepada media luar. Namun begitu, walaupun seringkali berlaku konflik antara staf UNHRC dan tentera SLORC tetapi terdapat juga waktu dimana kakitangan UNHRC seakan-akan berkompromi dan bekerjasama dengan tentera SLORC dalam usaha yang menggadaikan nyawa etnik muslim Rohingya serta tidak kurang juga meluluskan tindakan SLORC yang membunuh etnik muslim Rohingya.

Dalam ruang ini perlu untuk direkodkan juga statistik yang dikeluarkan oleh Curt Lambrachi dalam laporannya bertajuk “The return of Rohingya refugees to Burma: Voluntary Repartriation or Refoulment”. Dalam laporan ini selain merekodkan segala salah laku tentera SLORC ia turut sama merekodkan statistik dimana dalam sebuah keluarga 10 orang pasti 2 daripadanya pernah mengalami tembakan, luka parah, dibelasah, dibakar dan apa-apa kecederaan fizikal. Dalam masa yang sama dalam setiap keluarga paling kurang seorang perempuan daripada keluarga tesebut pernah dirogol.

10) Operasi Na-Sa-ka 1992: operasi paling kejam dalam sejarah.

Selepas tarikh 28 April 1992 di mana Refugee Repatriation Agreement telah menunjukkan hasil yang baik dalam membela nasib penduduk Rohingya. Etnik buddhist Maghs masih tidak berpuas hati. Maka mereka telah melancarkan satu operasi ketenteraan dengan mewujudkan satu task force bernama Na-Sa-Ka yang terdiri daripada tentera, polis dan imigresen. Kalau dibandingkan dengan 18 operasi ketenteraan sebelum ini, Na-Sa-Ka merupakan operasi yang mengakibatkan kesan paling teruk berbanding operasi-operasi sebelumnya. Ia merupakan satu operasi jangka masa panjang dimana walaupun sudah bermula sejak tahun 1992 namun begitu sehingga kini ia masih belum berakhir. Na-Sa-Ka mempunyai beberapa tujuan utama iaitu:
Menghasilkan tekanan sosio-ekonomi terhadap etnik muslim Robingya.
Memindahkan populasi etnik Rohingya daripada Burma di bawah polisi pelindungan seperti polisi pekerja asing.
Mengawal keseluruhan proses pengembangan populasi etnik Rohingya.
Menjayakan usaha De-muslimization wilayah Arakan melalui penghapusan kaum.
Menyebarkan ajaran Buddhism dan tradisi Burma Buddhist di Arakan dengan menanam prejudis terhadap tradisi serta budaya Rohingya.

Kesan operasi ini, bukan sahaja mengakibatkan pembunuhan, tetapi setiap sumber ekonomi etnik muslim Rohingya dimonopoli SLORC. Ratusan ekar tanah pertanian dan sumber pendapatan mereka diambil begitu sahaja tanpa ada apa-apa pampasan oleh penyangak Buddha dan SLORC. Dalam masa yang sama mereka juga dikerah untuk menghasilkan bahan perumahan, menyediakan simpanan makanan, ternakan, produk pertanian tanpa dibayar sedikitpun oleh kerajaan Burma.

11) Syarat perkahwinan tidak masuk akal dan suntikan kemandulan.



Lanjutan daripada operasi Na-Sa-ka, salah satu objektif mereka adalah mengawal proses pengembangan etnik Rohingya supaya populasi tersebut tidak berkembang. Atas dasar ini, pemerintah telah memaksa syarat yang ketat bagi mana-mana pasangan Rohingya yang ingin berkahwin. Hampir sahaja banyak perkahwinan tidak diluluskan kerajaan. Antara syarat-syarat tersebut adalah:
Perlu mendapat surat pengesahan daripada ibu bapa.
Perkahwinan memerlukan surat sokongan daripada Majlis tempatan yang menguruskan hal ehwal kampung.
Perkahwinan juga memerlukan sijil perubatan yang menunjukkan pasangan boleh berkahwin.
Pasangan juga perlu mendapat kelulusan dari pihak polis bahawa pasangan tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti jenayah.
Perkahwinan juga perlu mendapatkan sokongan daripada Komander kawasan dan pegawai pengarahan daripada tentera SLORC.

Syarat-syarat ini merupakan syarat perkahwinan yang gila lagi menyusahkan tetapi inilah hakikat perkahwinan bagi etnik muslim Rohingya. Sering kali juga askar SLORC menangkap perempuan yang telah berkahwin dan menyuntik suntikan kemandulan secara paksa kepada mereka. Ia gara-gara untuk memandulkan ibu-ibu Rohingya dan mengelak kelahiran. Ini bukan sahaja menghina agama Islam tetapi turut sama menghalang populasi etnik Rohingya untuk berkembang lanjut.

12) Pembunuhan golongan elit etnik Muslim Rohingya di Arakan

Bagi mengelakkan etnik muslim Rohingya bangkit melawan, ramai dari kalangan elit, pelajar, dan golongan cerdik pandai diburu, dipenjara, dibunuh. Siapa yang tidak takut jika lahirnya golongan yang boleh melawan kekejaman Burma? Sejak dari tahun 1994, bahagian utara Arakan telah menjadi padang pembunuhan bagi golongan elit ini. Di bawah tuduhan jenayah yang tidak berasas, seramai 3000 orang yang tidak bersalah telah ditembak mati ataupun disembelih. Manakala, 1500 lagi orang telah masuk bersembunyi bagi mengelakkan ditangkap lantas dibunuh oleh SLORC.

13) Larangan melaksanakan apa-apa syiar agama Islam.

Mungkin ramai tidak percaya tetapi inilah hakikat sebenar apa yang berlaku. Etnik Muslim Rohingya yang beragama Islam tidak boleh menunjukkan sedikit pun syiar Islam mereka. Sebgai seorang muslim mereka tidak dibenarkan menyimpan janggut, memakai pakaian yang menutup aurat ataupun mengenakan kopiah. Bagi para wanita pula, tudung dan hijab dilarang sama sekali ketika berada di luar rumah.

Jika ada upacara kematian, kubur-kubur mereka tidak boleh diletakkan batu nisan. Bahkan tahlil sekalipun dilarang kerana itu dikatakan sebagai satu syiar Islam. Di sekolah pula, ajaran Buddha adalah subjek wajib sejak di sekolah rendah lagi. Terdapat juga di beberapa buah Kampung di mana umat Islam di situ diharamkan untuk menunaikan solat berjemaah Maghrib, Isya dan Subuh di masjid-masjid. Selain itu, bagi meredakan sentimen umat Islam Rohingya, para ulama telah digesa juga dipaksa untuk mengeluarkan fatwa palsu sebagai mengesahkan tindakan pemerintah Burma.

14) Undang-udangan larangan untuk bergerak 11 oktober 1966



Satu undang-udang Restriction of movement telah dipaksakan kepada etnik Rohingya sejak dari tanggal 11 oktober 1966. Undang-undang ini melarang etnik muslim Rohingya melakukan pergerakan antara kampung ke kampung sekitar Arakan. Pada tanggal 1 september 1992, polisi ini diperketatkan. Etnik muslim Rohingya digesa untuk mengalihkan sampan dan boat dari sungai. Mereka dilarang membeli tiket kapal terbang ataupun apa-apa kenderaan untuk bergerak. Disebabkan masalah ini, ramai daripada etnik Rohingya yang sakit telah mati kerana tidak dibenarkan berjumpa doktor di wilayah bandar Akyab ataupun Rangoon.

Kerana polisi ini jugalah, ia telah memberi kesan yang sangat teruk kepada keseluruhan hidup masyarakat Rohingya. Ramai daripada mereka terpaksa mengalah daripada menjalankan mana-mana aktiviti ekonomi, sosial dan agama. Ramai juga pelajar-pelajar mereka terpaksa turut sama berhenti dari meneruskan pengajian.

Kesimpulan

14 kaedah penghapusan etnik ini adalah sesuatu yang perlu dipandang serius oleh penduduk negara lain dalam mengenal bahawa isu etnik muslim Rohingya bukanlah sekadar isu yang biasa. Mereka telah dinafikan hak mereka seawal usia 1942 lagi dan sehingga kini diselang-seli dengan pembantaian, pembunuhan serta dirampas hak milik mereka. Justeru itu, isu ini tidak boleh dilihat sebagai isu pelarian yang boleh diselesaikan dengan derma ataupun diberikan tempat perlindungan sementara. Persoalan penting bagi mereka adalah apakah solusi tuntas bagi menyelesaikan projek penghapusan etnik ini sekaligus mengembalikan segala hak—hak yang sudah berkurun lamanya telah dinafikan? Kenapa Myanmar seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan dunia terhadap projek penghapusan etnik ini? Gesaan dan koalisi antarabangsa harus dilaksanakan segera, dan sebarang pembisuan, adalah tanda kepada sokongan institusi dunia terhadap pembantaian ini.

Oleh:

Aiman Faudzi

Penganalisis IRIS INSTITUTE
Loading...

0 Response to "KEJAM SUNGGUH !!!14 cara Muslim Rohingya dihapuskan Kafir Buddha !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close