loading...
Bagi sesiapa yang pernah mengerjakan haji atau umrah, mereka pastinya perasan bahawa lantai marmar di Masjidil Haram dan di keliling Kaabah, terasa sejuk walaupun suhu ketika itu panas.
Ramai yang telah membincangkan punca di sebalik marmar itu sejuk. Pejabat Umum Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, sebab utama lantai itu menjadi sejuk ialah pemilihan marmar yang dipasang.
Arab Saudi telah memilih marmar jenis thassos yang diimport dari Greece yang membias sinaran terik matahari dan menurunkan suhu pada waktu siang. Pihak berkuasa menafikan dakwaan bahawa punca utama lantai marmar itu menjadi sejuk disebabkan saluran paip air yang ditanam di bawah lantai marmar itu.
Loading...
0 Response to "Kenapa Lantai Masjidilharam Sentiasa Sejuk Walaupun Panas Terik ? Inilah Sebabnya"
Post a Comment