loading...
CHE Dah masih kuat berjalan walaupun usia mencecah 96 tahun.
CHE Dah masih bertenaga melakukan rutin harian.
Nor Raidah Awang
am@hmetro.com.my
Selama: Seorang warga emas berusia 96 tahun mendakwa hanya mengamalkan bacaan surah-surah dalam al-Quran pada waktu lapang di rumahnya di Kampung Batu 6 Bukit Bertam, di sini, sebagai petua kelihatan sihat selain mampu bergerak dan memiliki penglihatan yang masih jelas.
Selain itu, dia turut mengamalkan pengambilan makanan ulam-ulam kampung dan pemakanan sihat.
Che Dah Ibrahim atau dikenali Hajah Che Dah bersyukur kerana diberi kesempatan, malah dirinya masih kuat dan boleh melakukan pekerjaan seperti biasa termasuk mengangkat barang tidak terlalu berat.
Katanya, pemeriksaan ujian darah di hospital juga mendapati dia hanya menghidap darah tinggi dan masalah jantung yang tidak serius.
“Mak cik mempunyai hobi yang sangat menarik sejak usia muda lagi iaitu suka anyam tikar mengkuang.
“Pada waktu lapang pula, mak cik suka menghabiskan masa dengan membaca al-Quran. Boleh dikatakan setiap minggu mak cik khatam al-Quran,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Che Dah berkata, keunikan hasil daripada kekerapan membaca al-Quran itu juga membuatkan penglihatan dia masih jelas.
“Saya pakai cermin mata tapi jarang-jarang ada kalanya ketika baca al-Quran saja. Malah, mak cik kenal setiap gambar dipaparkan khususnya tokoh politik,” katanya.
Menurutnya, pada usianya itu Che Dah turut dikagumi jiran dan masyarakat setempat yang mengenalinya.
“Ramai juga jiran dan saudara-mara datang ke rumah melawat dan saya bersyukur kerana usia hampir mencecah 100 tahun, malah saya berharap terus dipanjangkan umur,” katanya.
Mengulas lanjut, Che Dah berkata, ketika masih muda, dia mengusahakan sawah padi.
“Mereka dah biasa buat kerja berat dan keadaan itu menjadi faktor tubuh badan mereka sentiasa sihat dan bertenaga,” katanya.
Bercakap mengenai pengambilan makanan setiap hari pula, Che Dah berkata, dia sering mengamalkan pemakanan sihat begitupun dengan keadaan gusi yang tiada gigi dia masih mampu makan makanan yang rapuh, malah kuih muih tetap menjadi hidangan pilihannya setiap pagi.
Masih ingat ketika zaman penjajah suatu masa dulu, dalam fikiran Che Jah tetap segar beberapa peristiwa ketika zaman jajahan British dan Jepun di tanah air.
Katanya, antara yang tidak dapat dilupakan pada usia 16 tahun terutama penduduk kampung wanita terpaksa tinggal di dalam hutan Pasung Batu 6 ketika itu kerana bimbang di ambil tentera Jepun.
“Ketika itu, mak cik setiap hari kami makan pisang rebus dan juga ubi kayu.
“Hasil tanaman ubi kayu di rumah, kami bersembunyi untuk dapatkan ubi kayu,” katanya yang juga pejuang politik ketika dahulu.
Hasil perkahwinannya dengan arwah suami, Saat Sulaiman dikurniakan lapan cahaya mata, empat lelaki dan empat perempuan selain mempunyai lebih 62 cucu serta 83 cicit.
Loading...
0 Response to "Nenek Berusia 96 Tahun ini Khatam al-Quran setiap Minggu !!!"
Post a Comment