Ini Petua Orang Lama yang Paling Mujarab Merawat Orang Yang Berdengkur !!! Sebarkan buat Suami yang Berdengkur !!

loading...




Cara Mengatasi Masalah Tidur Berdengkur. Adakah anda berdengkur semasa tidur? Anda mungkin tidak perasan anda berdengkur, tetapi pasangan atau rakan anda pasti sedar jika anda berdengkur semasa tidur. Masalah berdengkur bukanlah eksklusif untuk satu satu jantina sama ada lelaki atau perempuan tetapi ianya lebih bersifat universal.


Secara umumnya, hampir semua orang berdengkur, tetapi berbeza dari segi kelantangannya. Sekiranya dengkuran itu tidak mengganggu orang lain yang sedang tidur sehingga terjaga, dengkuran anda masih dianggap normal. Tetapi jika dengkuran anda menyebabkan pasangan atau rakan anda tidak dapat tidur dengan aman, anda perlu lakukan sesuatu untuk mengatasi masalah dengkuran tersebut.


>


Bagaimana dengkuran berlaku?
Dengkuran berlaku apabila udara pernafasan tidak dapat keluar dan masuk dengan baik. Perlanggaran udara pernafasan dengan dinding dalam rongga pernafasan menyebabkan terjadinya getaran yang mengeluarkan bunyi dengkuran.



Kesan berdengkur

Berdengkur menyebabkan tidur yang tidak lena.
Mendatangkan masalah kepada hubungan suami isteri
Mendatangkan masalah kepada rakan sebilik

Berdengkur bukanlah satu penyakit. Walau bagaimana pun, ada satu jenis masalah kesihatan yang dipanggil sleeping apnea yang hampir menyerupai orang yang berdengkur. Perbezaan utama berdengkur dan sleeping apnea adalah orang yang berdengkur biasanya masih dapat tidur walaupun berdengkur, tetapi orang yang mengalami sleeping apnea akan kerap terjaga kerana pernafasan yang tersangkut (apnea).




Punca berdengkur

  • Terlalu penat
  • Obesiti
  • Masalah saluran pernafasan
  • Merokok
  • Posisi tidur yang salah




Sekiranya anda mendapat 'aduan' daripada pasangan atau rakan anda tentang anda berdengkur semasa tidur, ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk membantu mengurangkan dengkuran anda.


Posisi Tidur

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah tidur berdengkur adalah dengan mengubah posisi tidur anda. Orang yang berdengkur biasanya tidur dalam keadaan terlentang ataupun meniarap. Posisi terbaik untuk mengatasi masalah berdengkur adalah dengan tidur secara mengiring. Selain itu sekiranya anda masih mahu tidur terlentang, pastikan posisi kepala anda ditinggikan sedikit untuk membolehkan rongga pernafasan terbuka dan tidak tersekat.





Alat Bantuan

Terdapat beberapa alatan ringkas yang boleh membantu mengurangkan dengkuran. Contoh paling mudah adalah menggunakan Breath right. Bagaimana alat ini berfungsi? Alat-alat bantuan mengurangkan dengkuran sebenarnya bertindak dengan membantu membuka rongga pernafasan kita agar kita dapat bernafas dengan lancar tanpa sebarang gangguan.


Menurunkan Berat Badan


Orang yang mempunyai berat berlebihan lebih cenderung untuk berdengkur. Ini adalah kerana lemak-lemak berlebihan terkumpul di bahagian leher dan tekak dan mengganggu saluran pernafasan dan seterusnya menyebabkan anda berdengkur. Jika ini penyebab anda berdengkur, cara terbaik untuk mengurangkan dengkuran anda adalah dengan menurunkan berat badan anda. Sisih semua lemak terutamanya yang terdapat di bahagian leher dan tekak untuk melancarkan saluran pernafasan anda.


Berhenti Merokok

Orang yang merokok lebih mudah untuk berdengkur kerana rokok boleh mengganggu dan merosakkan saluran pernafasan anda. Walau pun agak sukar untuk menghentikan tabiat merokok, mulakan perlahan-lahan dan jangan berhenti secara mengejut kerana ia mungkin akan mendatangkan kesan sampingan yang lain.




Ini Petua Orang Lama yang Paling Mujarab Merawat Orang Yang Berdengkur !!! Sebarkan buat Suami yang Berdengkur !!



Di ambil dari fb Fitri Yahya



Ambil 5 biji badam. Hancurkan dan masukkan dalam segelas susu panas. Minum beberapa minit sebelum tidur. InsyaAllah,...


Cubalah ye :


Semoga membantu !
Loading...

0 Response to "Ini Petua Orang Lama yang Paling Mujarab Merawat Orang Yang Berdengkur !!! Sebarkan buat Suami yang Berdengkur !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close