Tolong Adik Syarhan untuk Rawatan Penyakit Bengkak Hati Berharga RM160k , Derma RM 1 pun Dah Cukup !!

loading...


ARAU - Baru sahaja berusia lima bulan, namun sungguh besar dugaan diterima Muhammad Syarhan Shakirin apabila dia disahkan menghidap penyakit bengkak hati sejak lahir.

Ibunya, Shafinaz Che Ahmad 26, berkata, doktor menyedari penyakit anaknya itu selepas mendapati kuningnya mencatat bacaan yang tinggi selepas empat hari dilahirkan.




“Anak saya kini mendapat rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dan pada awalnya doktor ingin menjalankan ujian biopsi untuk mengambil sampel hati, tetapi disebabkan anak saya masih kecil dan darahnya juga cair, doktor terpaksa membatalkannya,”katanya.



Menurutnya, selepas itu, doktor mencadangkan agar dibuat pembedahan pertukaran hati dengan kos RM160,000 di Shanghai, China.

“Doktor kata bila cukup dana nanti, tarikh pembedahan akan ditetapkan. Tetapi buat masa ini, saya dan suami hanya berjaya mengumpul sebanyak RM70,000 hasil sumbangan orang ramai.

“Sementara itu, doktor juga sedang menjalankan ujian ultrasound ke atas saya dan suami untuk melihat kesesuaian hati kami untuk pembedahan nanti.

“Sekiranya, kami berdua didapati tidak sesuai, doktor perlu menjalankan ujian berkenaan terhadap ahli keluarga terdekat,”katanya.

Shafinaz berkata, pendapatan sebagai Guru Kafa serta suaminya, Shakirin Md Zuki,37 yang hanya bekerja sebagai buruh kasar, tidak mencukupi untuk menampung kos pembedahan anak mereka.

“Tambahan pula, saya sekarang mengambil cuti tanpa gaji sejak Februari lalu demi menjaga Muhammad Syarhan, manakala suami pula terpaksa berulang alik dari Perlis ke PPUM.

“Banyak kos yang dikeluarkan, anak sulung kami pula sedang belajar dalam darjah satu,”katanya.

Dalam pada itu, kisah penderitaan yang dialami oleh Muhammad Syarhan turut mendapat perhatian seramai 30 orang ahli kelab Motosikal Fun Ride Bikers (FRB) dan Kelab Motosikal BMW Wilayah Utara yang hadir menyampaikan sumbangan amal di rumah bayi tersebut di kampung Hutan Kandis Arau Perlis baru-baru ini.

Kepada orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan atau sumbangan bolehlah berbuat demikian ke akaun Maybank 159013-004180 atas nama Shakirin Md Zuki atau menghubungi mereka di talian 0175962913.
Loading...

0 Response to "Tolong Adik Syarhan untuk Rawatan Penyakit Bengkak Hati Berharga RM160k , Derma RM 1 pun Dah Cukup !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close