7 Sebab Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk Ke dalam Poket dan Dapur Rumah Kita

loading...

KENAPA REZEKI SUSAH NAK MASUK?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua yang berkunjung ke blog ciktom….. Jom sama-sama renungkan antara 8 sebab kenapa rezeki susah nak masuk dalam kehidupan kita. Agak-agak antara 8 ciri-ciri tue ada tak yang kita pernah buat tanpa disedari dan ianya menjadi penyekat rezeki pada diri.



kenapa rezeki susah nak masuk?

Ini infografik yang cik tom copy dari facebook kawan. Tengok watermark infografik kenapa rezeki susah nak masuk ini dari baitulmuslim.com.

1. Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik

Manusia sekarang banyak berkira kalau nak bantu buat hal baik. Contohnya pertolongan dalam projek amal bantu anak yatim time weekend mesti liat je. Kalau bab duit masuk memang laju. Kadangkala kita tak sedar kekhilafan kita dan kita pandang hal tue hal kecik je. Kalau diri sendiri dah liat untuk bantu mudahkan hal baik, agak-agak Allah mudah gak nak bagi kita rezeki tak??

2. Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini

Duit banyak mana pun masih dirasakan tak cukup dan tak cukup. Setiap kali buat apa-apa pun suka merungut tak cukup duit. Merungut sana sini dalam blog, facebook, twitter. Emak selalu cakap jangan asyik merungut takde duit nanti betul2 takde duit. Senang cakap duit yang ada cukup makan. Kalau tak cukup duit usahakan bagi banyak duit.

3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit

Setiap kali dapat duit, terus fikir nak beli itu dan ini. Tapi tak terlintas langsung nak bersedekah hatta seringgit. Jom sempena 2014 ni tanamkan niat dalam diri setiap kali dapat duit, hulurkan sebahagian darinya untuk sedekah pada mereka yang memerlukan. InsyaAllah rezeki yang dikongsikan akan bertambah berkat.

4. Riak bila bersedekah

Yang tadi kes berkira untuk bersedekah. Ni kes riak pulak bila dah sedekah. Habis pergi canang dalam suratkhabar, facebook, blog, kat kawan-kawan baru lepas derma mangsa banjir dengan niat nak menunjuk-nunjuk duit banyak. Niat dah salah walaupun sedekah itu satu perkara yang baik. Sebaiknya elakkan sifat riak dalam diri.

5. Gemar mengungkit pemberian

Masa kecil dulu cik tom memang suka mengungkit apa-apa pemberian kat abang atau adik. Hehe.. Buruk perangai. Tue semua perangai budak-budak. Malu kalau dah besar masih duk ungkit-mengungkit pemberian yang diberikan. Dah besar matangkan diri dan segala perbuatan ye.

6. Banyak membuat maksiat

Kalau dah banyak buat maksiat dan perkara yang dilarang oleh Allah, disempitkan pintu rezeki kepada kita. Kalau ada yang cakap eh murah je rezeki walaupun duk maksiat hari-hari. Tue bukan rezeki tapi ujian buat umatNYA. Kalau perasan duit yang senang masuk tue jugak senang nak mengalir keluar bila dah tak berkat ni.

7. Kurang beristighfar

Perbanyakkan istighfar dan selawat ke atas nabi dalam kehidupan seharian kita. InsyaAllah bertambah-tambah berkat setiap perkara yang dilakukan.

8. Tidak bersyukur

Jangan terlalu membandingkan diri dengan apa yang orang lain ada yang kita takde. Kalau banding untuk improvement diri bagus. Kalau banding setakat merungut baik tak payah. Buang masa. Bersyukurlah dengan apa yang ada dan cuba perbaiki diri untuk lebih baik.


dan ini juga



1. Usah bergaduh sesama suami isteri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha dengan masing-masing, di situlah rezeki akan disekat…

2. Merungut dan merasa beban pada anak-anak. Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah swt. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa beban.

3. Buangkan tabiat selalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Banyak bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sikit.

4. Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan.

5. Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Sabar dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik.

7. Apabila kita putus mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari.
Loading...

0 Response to "7 Sebab Kenapa Rezeki Susah Nak Masuk Ke dalam Poket dan Dapur Rumah Kita"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close