Arah Pandangan Mata Ketika Solat Untuk Benar -Benar Khusyuk Dari Dilalaikan Syaitan !!!

loading...


*


Arah pandangan mata ketika solat di dalam mazhab Syafi`i :

Dinyatakan dalam "Fathul `Allam bi Syarhi Mursyidil Anaam" pada halaman 359 - 360, juzuk ke-2, sebagai berikut:-

"Di antara sunnat haiah dalam solat adalah memandang ke tempat sujud walaupun ketika solat di sisi Ka'bah. Berbeza dengan pendapat yang dipegang oleh Imam al-Mawardi dan orang yang mengikutinya yang berpendapat bahawa orang yang solat di sisi Ka`bah disunnatkan memandang kepada Ka'bah. Perbuatan memandang ke arah tempat sujud ini disunnatkan dalam seluruh solat tersebut daripada awal sehingga akhirnya melainkan ketika mengucapkan "illa Allah" dalam tasyahhud. Maka ketika itu, sunnat memandang kepada jari telunjuk yang diangkat walaupun ianya tertutup (yakni jari telunjuk tersebut terlindung di bawah kain seperti rida` yang digunakan oleh mushalli) berdasarkan kepada hadits yang shahih. Dan berkekalan memandang kepadanya selama ianya diangkat dan ianya (yakni jari telunjuk tadi) diangkat sehinggalah si mushalli berdiri untuk rakaat seterusnya dalam tasyahhud awwal dan sehingga si mushalli mengucapkan salam dalam tasyahhud akhir."

Habib Hasan bin Ahmad al-Kaaf hafizahullah dalam "at-Taqriirat as-Sadiidah" pada halaman 150 yang merupakan nukilan daripada ajaran guru beliau, al-Habib Zain Bin Sumait hafizahullah, menjelaskan bahawa antara sunnat haiah dalam solat adalah memandang ke tempat sujud walaupun ketika bersolat di belakang Ka'bah atau di belakang Junjungan Nabi. Maka pandangan adalah di jatuhkan ke tempat sujud secara mutlak melainkan ketika mengucapkan "illa Allah", di mana pandangan dijatuhkan ke jari telunjuk sehinggalah salam.

Oleh itu, ketika solat, apa jua jenis solat, sunnat mata kita memandang ke arah tempat sujud pada setiap masa melainkan ketika menaikkan jari telunjuk tatkala mengucapkan "illa Allah"dalam tasyahhud. Ketika jari telunjuk diangkat maka pandangan mata kita sunnat diarahkan kepadanya sehinggalah ianya diturunkan ketika bangkit untuk ke rakaat ketiga atau ketika salam setelah tasyahhud akhir. Inilah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan ulama kita termasuklah Imam Ibnu Hajar rahimahullah dan Imam Ramlirahimahullah.

Wallahu 'alam.


Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2013/04/tempat-jatuh-pandangan-mata.html

*
Loading...

0 Response to "Arah Pandangan Mata Ketika Solat Untuk Benar -Benar Khusyuk Dari Dilalaikan Syaitan !!!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close