loading...
*
Golongan yang diharamkan Syurga jika tidak sempat bertaubat :
1. Penagih arak
2. Orang yg memutuskan silaturrahim
3. Orang yang mengunakan sihir.
4. Pemakan riba.
5. Pemakan harta anak yatim tanpa hak.
6. Orang yang derhaka kepada ibu bapa.
7. Lelaki yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya).
8. Orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.
9. Pemimpin rakyat yang tidak jujur.
10. Perempuan yang menyerupai lelaki.
11. Orang yang sombong.
”Tiga orang yg tidak akan masuk syurga ialah penagih arak, orang yg memutuskan silaturrahim dan orang yang mengunakan sihir. Sesiapa mati dalam keadaan minum arak, maka kelak akan diberi minum oleh Allah air sungai ghauthah. Ketika Rasulullah ditanya tentang sungai tersebut, baginda menjawab, iaitu sungai yg mengalir dari kemaluan para perempuan penzina, yang berbau busuk dan mengganggu para penghuni neraka.” (HR. Ibnu Hibban)
"Empat orang yangg berhak bagi Allah untuk tidak memasukkannya ke syurga dan tidak akan dirasai nikmatnya iaitu penagih arak, pemakan riba, pemakan harta anak yatim tanpa hak dan orang yang derhaka kepada ibu bapanya.” (HR. Hakim)
"Tiga golongan yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan orang yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya)." (HR. Ahmad )
“Tiga orang yang tidak akan masuk syurga, anak yang derhaka kepada ibu atau bapanya, orang yang terus-menerus minum arak dan orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya.” (HR Baihaqi)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga." (HR. Bukhari)
"Tiga manusia tidak akan masuk Syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang dayus dan perempuan yang menyerupai lelaki". (HR. Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim)
Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda, “Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat perasaan sombong walaupun sebesar biji sawi.” (HR. Muslim)
Wallahu a'lam.
Loading...
0 Response to " Golongan Diharamkan Dari Memasuki Syurga Di Akhirat Nanti !! Sebarkan pada Semua !!!"
Post a Comment